Rabu, 2 Ogos 2017

1MDB ada 5 hari untuk jelaskan hutang RM2.6 bilion

DANA pelaburan asing Abu Dhabi memberikan tempoh lima hari kepada dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membayar AS$600 juta (RM2.6 bilion) yang sepatutnya dibayar semalam. Sekiranya dalam tempoh itu, 1MDB masih gagal, ia akan “tertakluk kepada tanggungjawab tambahan”, menurut kenyataan yang dilaporkan Reuters hari ini.
Mubadala yang kini memiliki International Petroleum Investment Co (IPIC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai balasan kepada janji 1MDB untuk membuat pembayaran “dalam bulan ini” selepas 1MDB gagal menjelaskan hutang itu semalam.
“Dalam perjanjian, wujud tempoh bertenang lima hari untuk MOF (Kementerian Kewangan) dan 1MDB untuk menjelaskan bayaran sebelum MOF dan 1MDB tertakluk kepada bayaran tambahan,” kata Mubadala.
Mubadala tidak menjelaskan tanggungjawab tambahan itu.
April lepas, 1MDB bersetuju untuk membayar IPIC AS$1.2 bilion melalui dua kali bayaran menjelang hujung tahun ini, selepas proses arbitari yang dilakukan secara tertutup.
1MDB dan Kementerian Kewangan juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua bayaran faedah dan asas dua bon itu, yang jumlah keseluruhan bernilai AS$3.5 juta.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam
  2. PM telah memberi jaminan bahawa Malaysia tiada masalah untuk menjelaskan hutang ini.
    Aku jangka ringgit dan pasaran sahambskl akan turun lagi.

    BalasPadam
  3. Itu sbb diadakan cukai pelancungan....cukai iy...cukak ini....naik itu....naik ini....nk cover byr hutang 1MDB....minggu ini harga minyak confirm naik babi giler....kalu mcm ni mau naik rm3.00 seliter....semua jenis minyaklah....duit utk PRJ 14 pun kena cari....haru ko najib al ketua penyamun....hihihihi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA