Isnin, 31 Julai 2017

Zunar: Jika saman DoJ hanya konspirasi politik, berhenti ganggu saya

PUTRAJAYA perlu hentikan apa juga bentuk intimidasi dan gangguan terhadap pengkritiknya jika ia merasakan tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB hanya konspirasi politik, kata kartunis Zunar.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque sering menerima ancaman hingga memaksanya membatalkan pameran jalanan pertamanya di Pulau Pinang bertajuk “Ketawa Pink Pink” yang dibuka di Lebuh Pantai pada Ahad.
Pameran itu sepatutnya memaparkan lukisannya mengenai wanita tertentu yang memakai barangan kemas berlian merah jambu.
Dalam saman terbaru DoJ yang difailkan bulan lepas menyatakan hampir AS$30 juta (RM128.7 juta) didakwa dicuri daripada 1MDB untuk membeli barangan kemas termasuk set rantai berlian merah jambu 22 karat yang bernilai AS$27.3 juta, untuk “isteri Malaysian No 1 (MO1)” pada 2013.
Menteri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengesahkan MO1 sebagai Najib Razak. Saman DoJ tidak menyenaraikan rantai berlian merah jambu sebagai barang yang hendak disita.
Bercakap kepada The Malaysian Insight malam tadi, Zunar berkata beliau sudah letih hendak berurusan dengan pengacau yang dihantar untuk “mengganggu” pameran kartunnya dan berkata ia boleh jadi “bahaya” dan mengubah pandangan masyarakat terhadap kerajaan pada masa ini.
Zunar berkata beliau dianggap ancaman kerana karyanya mudah didapati dan difahami ramai orang.
“Jadi DoJ sedang menyiasat sekarang tidak penting bagi kerajaan. Sekarang mereka fokus pada ini (lukisan saya). Mereka tidak patut buat begini.
“Mereka patut ubah saja. Reformasi. Tetapi mereka tidak mahu tangani isu utama dan terus mengganggu pengkritik saja. Saya tidak akan berhenti,” katanya.
Beliau berkata tidak wujud konspirasi politik dan apa yang ada hanya taktik digunakan kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat.
“Saman DoJ mengenai jenayah. Penggubahan wang haram itu jenayah. Tidak kira jika anda kata ia konspirasi politik, tetapi anda lakukan jenayah atau tidak?
“Jika anda buat, anda kenalah hadapinya,” katanya.
Zunar berkata Putrajaya terus-terusan memberitahu rakyat yang laporan DoJ itu tidak benar.
“Itu sebabnya saya dedahkan perkara ini (DoJ) menerusi kartun supaya mereka jadi risau kerana medium ini mudah didapati masyarakat.

“Tetapi jangan salahkan saya kerana lukis kartun tentang DoJ, 1MDB. Jika anda tidak terlibat dalam skandal 1MDB atau DoJ tidak menyiasatnya, tidaklah saya lukis kartun mengenainya. Saya hanya lukis apa yang berlaku. Itu kebenarannya,” katanya.
Katanya, walaupun letih dengan gangguan diterimanya, beliau tidak akan berhenti melukis kerana ia kini menjadi tanggungjawabnya.
“Bakat bukan hadiah. Ia tanggungjawab. Ini bukan tentang pilihan. Saya ada bakat dan saya perlu guna ia untuk perkara baik,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Forum Pertahankan Kebebasan Bersuara Kita di Pulau Pinang sebagai salah seorang ahli panel.
Ahli panel lain ialah pengasas bersama MalaysiaKini Steven Gan, peguam Simon Murali dan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Dr Mustafa Kamal Anuar.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA