Ahad, 30 Julai 2017

Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty




Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,"
"Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya hari ini.
A/l adalah singkatan kepada 'anak lelaki kepada' yang biasa digunapakai kaum India di negara ini, selain mereka yang berketurunan Orang Asal. Nama Kutty ialah satu nama dalam bahasa Tamil.
Nama Melayu menggunakan gelaran 'bin' atau 'binti', suatu istilah arab yang merujuk kepada anak lelaki atau perempuan kepada seseorang.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid mendakwa tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.
JPN berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.
Sementara itu, Zahid membandingkan tempat mesyuarat Umno bahagian yang diadakan di dewan SMK Bandar Sunway itu dengan partinya.
Beliau berkata, sekitar 20 tahun yang lalu, dewan itu adalah dewan terbaik di Kelana Jaya.
Hari ini bagaimanapun, katanya, keadaan dewan itu panas dan pengap, silingnya memerlukan pembaikan serta dindingnya perlu dicat semula.
Namun, kata Zahid - bumbung, dinding dan tiang dewan itu- masih kukuh dan oleh itu ia tidak perlu diganti atau dirobohkan.
Beliau mengumumkan peruntukan RM400,000 untuk pengubahsuaian dewan berkenaan dan berkata ia akan dilengkapi sistem penyaman udara yang baru.
Begitu juga, katanya, Umno adalah parti terbesar sejak 70 tahun yang lalu, tetapi sejak itu telah beberapa kali hilang 'sinarnya'.
Sekali lagi, katanya, ini tidak bermakna BN dan Umno perlu ditukar.
"Kita hanya tukar mana-mana yang tak elok, kita perbaiki mana-mana yang tak baik […] Ertinya kalau kita tak lakukan sesuatu kepada BN dan Umno, kita akan terus panas," katanya merujuk kepada suhu dalam dewan dan ahli-ahli Umno.

3 ulasan:

  1. Masa dr m menjadi presiden umno dan pm, kenapa isu keturunan dia tidak diungkit. Malah ada yg menangis memohon tarik balik perletakan jawatan bila beliau mahu bersara.

    BalasPadam
  2. Itulah sifat munafik dan syirik pemimpin Ameno.

    BalasPadam
  3. Zahid tak pi semak keturunan Tun Dr. Mahathir di sebelah ibu beliau yang yang merupakan bangsawan, keturunan Wan Su, Panglima Kulut di Bukit Lada, mempunyai hubungan keluarga dengan Dato Wan Mohamad Saman, Perdana Menteri Kedah di zaman Sultan Ahmad Tajuddin dan Sultan Abdul Hamid.

    Malahan Tun Dr. Mahathir adalah antara pengasas UMNO terutama di Kedah. Malahan selepas pengharaman UMNO pada tahun 1988, Tun Dr. Mahathir menubuhkan UMNO yang dianggotai oleh Zahid sekarang ini.

    Sampai begitu sekali penghinaan Zahid terhadap Tun Dr. Mahathir, sedangkan Zahid tu yang tak sedar diri, kalaj Tun Dr. Mahathir perguna orang Melayu, buag apa Tun Dr. Mahathir berusaha menubuhkan UMNO selepas UMNO diharamkan pada 1988?

    Zahid ni tak reti sejarah, di Kedah, UMNO be4tapak melalui SABERKAS, Tun Dr. Mahathir adalah pengasas SABERKAS dan turut berjuang menubuhkanbUMNO di Kedah, Zahid ada perjusngan macam itu ka di Perak? Adakah Zahid antara pengasas UMNO di Perak?

    Persoalan sekarang ini adalah manusia sepert Zahid inilah yang sedang mempergunakan orang Melayu, kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri, sanggup bersubahat melindungi penjenayah yang merompak wang 1MDB secara besar-besaran.

    Begitu takut pemimpin UMNO sekarang ini, hingga sanggup membuat tuduhan bodoh yang menjerat diri mereka sendiri, kerana rakyat generasi x dan z tahu perjuangan Tun Dr. Mahathir, sebab itulah selama 5 kali pilihanraya yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir, semuanya menang majoriti lebih 2/3, sekarang ni UMNO BN dah tenat, sebabnya dahulu UMNO BN yang diperjuangkan oleh Tun Dr. Mahathir untuk perjuangan agama, bangsa, dan tanah air, UMNO BN sekarang ni hanya menjadi alat Najib dan manusia macam Zahid, untuk diperguna demi kepentingan nafsu mereka.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA