Ahad, 30 Julai 2017

Wanita Amanah syor Akta Keganasan Rumah Tangga bela pasangan tak kahwin

Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sehingga kini tidak ada undang-undang yang boleh melindungi pasangan yang tidak berkahwin daripada keganasan.
Dr-Siti-Mariah-Mahmud-rumahtanggaWanita Amanah mencadangkan agar pasangan yang tidak berkahwin diberi perlindungan yang sewajarnya di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2017 yang sedang dipinda.
Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sehingga kini tidak ada undang-undang yang boleh melindungi pasangan yang tidak berkahwin daripada keganasan.
“Cukuplah contoh-contoh sebagai menggambarkan bahawa kita ada kes-kes atau prima facie untuk memberi mereka perlindungan dar keganasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, sekiranya mahu membuat undang-undang yang lain yang mahu melindungi pasangan yang tidak berkahwin daripada keganasan, ia adalah tidak logik dan akan mengambil masa yang lama.
Beliau tidak menafikan ada pandangan yang mengatakan sekiranya cadangan berkenaan itu diterima, ia akan menggalakkan rakyat yang berkedudukan tanpa perkahwinan yang sah dan masyarakat akan menjadi kucar-kacir.
“Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2017 adalah langkah menangani segera keganasan dan penderaan dalam keluarga. Bagaimana mencegah keganasan berlarutan terhadapa wanita ianya tentulah melalui pendidikan,” katanya.
Dewan Rakyat pada minggu lalu membahaskan rang undang-undang itu.
Tambah beliau, Wanita Amanah juga telah melancarkan kempen “Stop Violence Against Women” di mana mereka membela orang-orang yang patut dibela.
“Kita perlu betulkan pandangan kalau kita fikir kebanyakan manusia suka hidup tanpa perkahwinan. Allah menjadikan manusia dengan fitrah dan naluri yang bersih dan jika mereka tersilap langkah pun ingin kembali kepada kebaikan.
“Sebagai pendakwah kita patut mencari peluang membawa manusia kembali ke pangkal jalan. Jika pasangan yang bersekedudukan itu muslim, tiada siapa boleh menghalang pihak berkuasa dari mendakwa mereka kerana telah melanggar undang-undang. Silakan. Terpulanglah kepada yang pegang kuasa.

“Mereka berpeluang dikaunsel dan peluang taubat terbuka luas. Bantulah mereka untuk berkahwin dengan sah dan tidak payah menyusahkan mereka dengan pelbagai birokrasi yang ada. Jangan kita asyik nak menghukum tanpa memberi penyelesaian,” katanya.
Di Dewan Rakyat minggu lalu, beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan meluaskan definisi pasangan dalam cadangan pindaan itu dengan memasukkan mereka yang tinggal bersama pasangan tanpa perkahwinan atau dikenali juga sebagai bersekedudukan.
Katanya, konteks bersekedudukan perlu difikirkan kerana ada pasangan bukan Islam yang memilih untuk tinggal bersama tanpa berkahwin.
“Ada orang yang bukan suami isteri tetapi mempunyai hubungan intim, ikatan emosi antara mereka seperti suami isteri. Ini bukan bermakna kita mengiktiraf tetapi perkara ini berlaku,” katanya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA