Selasa, 11 Julai 2017

Walaupun petanda ekonomi baik, rakyat masih murung


Walaupun petanda ekonomi baik, rakyat masih murung
Biarpun ekonomi mula menunjukkan tanda akan pulih, persekitaran semasa dalam kalangan rakyat masih lagi suram. .
WALAPUN wujud jangkaan berlakunya pemulihan sentimen pasaran pada awal separuh tahunan kedua tahun ini, wujud kesuraman dalam kalangan rakyat mengenai bagaimana cara negara ini diuruskan, kata ahli akademik.
Gabungan kelembapan ekonomi yang berterusan, peningkatan kos sara hidup dan kerapuhan hubungan antara agama menyebabkan penghakisan kepercayaan kepada kerajaan, sekurang-kurangnya dalam kalangan penduduk bandar.
“Ramai mereka yang berada dalam kelas elit dan menengah sudah hilang kepercayaan walaupun mereka mungkin mendiamkan diri, ” kata Pengarah Pusat Inisiatif Dasar UCSI University, Lim Teck Ghee.
“Paling mengecawakan ialah keretakan agama dan kaum yang bertambah buruk hasil daripada permainan agama yang dilakukan ahli politik dan proksinya,” kata Lim, seorang bekas pengkaji sosial kanan Bank Dunia.
Memburukkan ketegangan antara agama apabila kerajaan membenarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul bagi mendapatkan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan Syariah di Dewan Rakyat, Mei lalu.
Tidak lama selepas itu, Kementerian Dalam Negeri pula mengarahkan pembatalan perhimpunan Kristian di Melaka bulan lepas kerana sensitivi orang Islam.
“ Persekitaran negatif dan tidak menentu sebenarnya bertambah buruk tahun lepas disebabkan kekurangan keyakinan yang berterusan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, selain huru hara dalam pakatan pembangkang.
“Nampaknya ada skandal politik baru, kes korupsi yang berleluasa, salah tadbir pengurusan atau salah guna kuasa yang kerap kali didedahkan melalui media sosial, walaupun media cetak tidak ambil peduli atau meringankan isu tersebut,” katanya.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman ketiganya bulan lepas, bermatlamat untuk meramps AS$1.7 bilion aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang hasil rompakan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saman itu membawa jumlah keseluruhan salah pengurusan aset sehingga bernilai AS$4.5 bilion.
Najib berterusan menafikan wujudnya salah laku. Pemimpin Umno menyalahkan pihak berkuasa AS dan pembangkang kerana berusaha menjatuhkan kerajaan.
“Malangnya kerajaan dalam penafian dan melihat persekitaran buruk ini sebagai rancangan strategi pembangkang. Ini silap sekali,” kata Lim.
Pertumbuhan ekonomi nampaknya sedang pulih. Dalam suku pertama tahun ini, keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sehingga 5.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, melebihi jangkaan pasaran pada kadar 4.8%.
Ringgit berjaya diperkukuhkan dalam suku kedua tahun ini serta peningkatan eksport dan harga komoditi yang semakin teguh.
Matawang negara jatuh kepada kedudukan terendah sejak 19 tahun lalu pada RM4.52 berbanding satu dolar AS Disember lalu, paling lemah sejak Januari 1998, semasa krisis kewangan Asia.
Sentimen pengguna Malaysia masih melah, tetapi pemulihan dijangka berlaku berdasarkan corak perbelanjaan persendirian sebenar, kata laporan penyelidikan Maybank Investment Bank bulan lepas.
Bagaimanapun, Malaysia masih berada di kedudukan 25 daripada 140 negara dalam Indeks Persaingan Global Forum Ekonomi Dunia (WEF), hanya tergelincir dalam bidang seperti pendaftaran pelajar sekolah rendah dan kesediaan teknologi.
Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga mengesan sentimen bawah 100 untuk sebelas suku tahun berturut-turut sejak suku ketiga tahun 2014.
Simpanan asing Malaysia kini lebih rendah berbanding Indonesia. Setakat 31 Mei, Malaysia mempunyai simpanan AS$98 bilion berbanding AS$125 bilion yang dimiliki Indonesia, menurut Bank OCBC.

Ibrahim Suffian yang merupakan pengarah pusat penyelidikan persendirian, Merdeka Center berkata dalam sebuah forum di Singapura bulan lepas yang isu kehidupan harian masih merupakan kebimbangan utama dalam kalangan pengundi.
“Yang paling dipedulikan pengundi ialah isu kos sara hidup. Isu ini berbanding isu 1MDB, adalah faktor utama yang mempengaruhi mood rakyat,” dia dipetik berkata demikian dalam Straits Times Singapura.
“Jika kita tanya orang di jalanan apa kebimbangan mereka, ramai yang akan kata ekonomi. Orang muda mahukan pekerjaan yang setanding dengan kelayakan mereka, mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun pula bimbang tentang harga rumah, dan mereka yang lebih berusia bimbang tentang persaraan mereka dan sama mempunyai simpanan yang cukup untuk menyara hidup mereka,” tambahnya.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar 6% diperkenalkan pertama kali pada April 2015 untuk menampung kekurangan RM11 bilion dan perolehan kerajaan.
Sejak itu kerajaan sudah mengutip RM41 bilion tahun lepas dan dijangka akan mampu mengutip RM42 bilion tahun ini.
Pada 19 Jun, Jabatan Kastam Diraja mahu mengenakan GST kepada 60 barangan makanan berkuatkuasa 1 Julai, sebelum menarik balik arahan pelaksanaan itu.
“Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah mengabaikan isu (1MDB), dan ini dikumpulkan bersama dengan apa yang mereka anggap sebagai kelemahan kepimpinan,” kata Ibrahim yang merupakan World Fellow di Yale University.
Ketika dihubungi, Ibrahim memberitahu The Malaysian Insight yang mood rakyat secara umumnya sudah menjadi “pesimis sejak sekian lama.”
“Pada pandangan kami, ia didorong pandangan kelam terhadap ekonomi dan kebimbangan mengenai politik,” katanya.
Pakatan pembangkang yang dalam kemelut juga tidak membantu menambahbaik keadaan, menyebabkan rakyat semakin tidak peduli, kata Azmi Sharom, profesor undang-undang di Universiti Malaya.
“Saya rasa situasi suram ini bukan hanya disebabkan ekonomi yang lemah, kos sara hidup yang tinggi, hubungan kaum yang semakin buruk, tadbir urus lemah dan sebagainya. Ia disebabkan wujud perasaan tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
“Rakyat suram kerana ada perasaan putus harap,” tambahnya.
“Kerajaan terlibat dalam skandal korupsi terburuk negara. Tetapi mereka masih berkuasa dan nampaknya mereka akan terus berkuasa, sebahagiannya disebabkan gerimander. Bagaimana hendak gembira?”
Menurut Integriti Kewangan Global (GFI), Malaysia berada di kedudukan kelima dunia untuk pengaliran keluar aset secara haram selepas China, Rusia, Mexico dan India tetapi Malaysia berada di kedudukan paling atas jika berdasarkan per kapita.
Malaysia hilang AS$418.54 bilion dalam tempoh 2004-2013 dan kehilangan AS$48.25 bilion pada tahun 2013 sahaja.
Pengaliran keluar aset secara haram ini berpunca daripada penipuan cukai, jenayah, korupsi dan pelbagai aktiviti haram lain, dan kebanyakkan aset yang dibawa keluar ini disimpan di bank di AS dan UK, selain di syurga pelari cukai seperti Switzerland, Kepulauan Cayman atau Singapura.
GFI berkata yang kegiatan itu seringkali dilakukan pegawai awam yang korup atau ahli keluarga mereka menggunakan syarikat pesisir pantai tidak dikenali bagi memindahkan wang kotor ke dalam akaun bank di tempat lain.
Pembangkang menuduh pentadbiran sekarang bersubahat dalam skandal RM50 bilion 1MDB.
Dalam catatan blognya bulan lepas, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran yang darurat negara mungkin diisytiharkan sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Apa yang bakal berlaku nanti boleh diramal sesiapa sahaja tetapi sekarang ialah masa yang bahaya untuk negara,” kata Lim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA