Selasa, 18 Julai 2017

Umno guna taktik perkauman bila bank undi Melayu terancam

Umno guna taktik perkauman bila bank undi Melayu terancam
Dr Mahathir Mohamad yang kini pengerusi Pakatan Harapan dilihat sebagai ancaman kepada bank undi Melayu yang selama ini mengundi Umno. 
KEDUDUKAN terkini Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengancam pegangan tradisional Umno terhadap bank pengundi Melayu, mendorong pemimpin parti pemerintah itu semakin kerap menggunakan retorik perkauman susulan pengumuman barisan kepimpinan PH minggu lalu.
Kembalinya Dr Mahathir dalam arena politik negara sebagai pemimpin pembangkang mencetuskan pertembungan dalam kalangan penyokong Melayu, yang secara tradisionalnya selama ini akan berpihak kepada Umno, Barisan Nasional dan parti Islam PAS, lapor Straits Times.
“Umno perlu kerja lebih keras untuk mempertahankan padangnya kerana setakat ini parti kaum minoriti dalam BN belum mampu mencabar pembangkang, membawa kepada lebih banyak lagi kempen perkauman dari kedua-dua pihak,” kata penganalisis politik Vriens & Partners Adib Zalkapli kepada akhbar Singapura itu.
Menolak peranan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, sepanjang minggu lalu pemimpin Umno bertegas menyatakan bekas perdana menteri itu hanya patung, dan DAP parti majoriti Cina memegang kuasa sebenar kerana ia mempunyai paling banyak kerusi berbanding rakan kongsi lain dalam PH.
“Itu cara pembangkang menutup perkara itu. Jika DAP bukan ketuanya, mereka hanya berpura-pura. Bagaimana parti yang paling sedikit kerusi boleh jadi ketua,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim merujuk kepada parti Bersatu milik Dr Mahathir hanya ada seorang ahli Parlimen.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan wilayah Ismail Sabri Yaakob juga berkata “orang Melayu akan terpecah tiga. DAP akan dapat paling banyak kerusi dan mengikut perlembagaan mereka layak memutuskan siapa jadi perdana menteri”.
PH terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang menolak serangan itu, menyindir Umno panik dengan struktur kepimpinan PH yang baharu di mana Anwar Ibrahim menjadi ketua umum dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah presiden PH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA