Rabu, 12 Julai 2017

Tuan Ibrahim sependapat dengan Mahathir, Anwar mangsa konspirasi tetapi tidak bagi Mohd Amar

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin kanan Pas memberi pandangan berbeza mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik.
Malaysiakini melaporkan, akhbar rasmi Pas Harakah memetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu – bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Pas sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.
“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Beliau dan penyokongnya mendakwa bahawa pertuduhan berkenaan bermotivasi politik.
Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata.
“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya Pas sudah lama memperkatakan mengenainya.
“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.
Beliau dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.
“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.
“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” kata Mohd Amar.
Mahathir, yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu temubual baru-baru ini dengan The Guardian dari UK, berkata beliau tidak ada masalah jika Anwar menjadi perdana menteri, sekiranya berjaya mendapatkan pengampunan diraja.
“Keputusan mahkamah (untuk memenjarakan Anwar) jelas dipengaruhi oleh kerajaan”, katanya.

2 ulasan:

  1. 3 hari tak berak macam mana rakyat nak percaya?

    BalasPadam
  2. Nik Amar percaya. Sepatutnya dia orang pertama disebat 80 rotan jika RUU 355 dilaksanakan!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA