Sabtu, 29 Julai 2017

Tok Pa: Keputusan Dr M tak mahu kembali ke Umno sudah diduga

Kata Mustapa, pengumuman Dr Mahathir yang beliau enggan lagi kembali kepada Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Mustapa-Mohamed-mahathir-umno-bendera-malaysiaBALING: Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau enggan lagi kembali kepada Umno walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pengumuman bekas perdana menteri itu sebenarnya boleh dijangka selepas bertindak bertalu-talu “menyerang” kerajaan dan Najib.
“Perkara ini tidak memeranjatkan pun dan apa yang penting, dalam apa jua keadaan, anggota Umno perlu merapatkan barisan dan bersatu hati.
“Hari ini sudah ada tanda-tanda kebangkitan yang sangat baik terhadap Umno dan kepimpinan Datuk Seri Najib. Insya-Allah kita yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan mencapai kejayaan yang cemerlang (pada pilihan raya umum ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Baling di sini, hari ini.
Dr Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook PPBM dengan mendakwa Umno sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya.
Mengulas perkara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata walaupun Umno diuji dan diasak, apa yang penting semua pihak dalam parti keramat itu telah bersiap sedia pada PRU itu.
“Kita menunggu wisel ditiupkan sahaja untuk terus bertindak,” katanya.

4 ulasan:

  1. Macam mana dr M nak kembali ke umno selepas pru14 krn jika umno kalah, maka semua ahli umno akan sertai bersatu. Umno akan terbubar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x umno bangsar30 Julai 2017 2:02 PG

      Makan dedak bnyk sangat. Jadi otak pun dah tak jalan..
      Umno dah sampai penghujung hayat. Kata mudahnya.. nak berkubur. Sesiapapun tak kan nak balik ke parti yg dah tenat, angkara pemakan dedak, perompak, penipu, samseng, bongkak...

      Padam
  2. Puok menteri yg cerdik lagi bijaksana, takkan tak nampak kecelakaan yg diakibatkan oleh tindakan MO1.

    Kata2 mereka sebelum dipilih MP, akan membela rakyat, tapi akhirnya kebejatan juga yg mereka pilih!!!

    BalasPadam
  3. Daripada hari tu lg kata nak adakan serangan balas lah,lawan tetap lawanlah no yg terbaru tunggu wisel ditiupkan..
    Xde pun tgk tun rebah..goyang..
    Pemimpin umno semuanya sembang je lebih..habuk pun takdak..
    Baik pegi kipas najib laju2 mintak upah lebih sikit..sbb saat2 akhir najib akan tiba tak lama lagi..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA