Khamis, 20 Julai 2017

Tindakan Pas tidak mengejutkan, Harapan terus komited



Pemuda Amanah Nasional tidak terkejut dengan hasrat Pas untuk 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan melancarkan jentera pilihan raya parti itu baru-baru ini.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan Pas melancarkan jentera dan mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menzahirkan bahawa Pas akan meletakkan calon di mana-mana kerusi tanpa melihat apa jua aspek pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Mohd Sany HamzanKatanya hasrat Pas untuk 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh bukanlah baru tetapi telah dizahirkan sejak semasa Pakatan Rakyat masih wujud. Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen tersebut pada tahun 2015 lagi.
Pas telah pun menunjukkan keangkuhannya dengan memboikot gerak kerja pilihan raya biarpun ketika itu ujarnya Mohd Sany lagi, Pakatan Rakyat masih lagi wujud. Boikot tersebut turut 'direstui' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pada ketika itu, pimpinan-pimpinan Pas yang kini bersama Amanah yang bersungguh-sungguh berkempen memenangkan Presiden KeAdilan biarpun terpaksa menghadapi pelbagai kritikan dan label yang kurang baik. Namun ke semua mereka tetap komited bagi memastikan kerusi kerusi tersebut terus kekal kepada Pakatan Rakyat pada ketika itu.
"Tindakan Pas ketika ini adalah satu mesej besar daripada Pas bahawa mereka tidak lagi berkompromi untuk menentang Harapan.
"Tindakan tersebut bukanlah satu yang jelik apabila Pas sejak daripada awal enggan untuk bersama dalam gabungan pembangkang bagi memastikan hasrat rakyat untuk membentuk satu kerajaan baharu tercapai.
"Biarpun KeAdilan sering membuka ruang dan peluang serta mengharapkan Pas untuk bersama dalam pakatan pembangkang, namun Pas tetap angkuh menolak usaha tersebut. Tindakan Pas mengumumkan untuk bertanding di kerusi ketua pembangkang menatijahkan sikap Pas pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Mohd Sany berkata, peluang untuk menjayakan pertarungan satu lawan satu terbukti gagal dan Harapan telah membuat persediaan untuk menghadapinya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat diturunkan dalam PRU14.

3 ulasan:

  1. PAS ni dah jadi parti kolot, parti tak tahu hala tuju.... nak sibuk kzt PP, Kelantan pun tak boleh jaga. Rakyat dah tolak parti kolot yang hanya boleh memundurkan bangsa dan negara....

    BalasPadam
  2. Jk berlaku 3 penjuru ia akan memberi peluang utk umno/bn menang di p pauh. Ini sebenarnya helah pas utk memenangkan bn disebalik segala penafian mrk. Mrk cuma patuh kpd kehendak tuang presideng

    BalasPadam
  3. PKR selangor jer tak sedor2 perangai PAS nie......tak der keyakinan diri langsung......PINGGAN TAK RETA NASI TAK DINGIN.....kalu PAS tak hendak......kami pun tak hingin.......boleh blah laaaa.....parti Angkuh Sombong....Syok sendiri....gila talak......hihihihi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA