Rabu, 19 Julai 2017

Tiga pilihan DAP bagi menjawab arahan RoS


Tiga pilihan DAP bagi menjawab arahan RoS
Satu mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat DAP malam ini bagi membincangkan pilihan parti berhubung arahan RoS itu.
DAP ada tiga pilihan dalam memberi respons terhadap pemberitahuan rasmi Pendaftar Pertubuhan (RoS), lapor The Sun Daily hari ini.
Sumber parti berkata salah satu pilihan itu ialah DAP boleh mengabaikan pemberitahuan itu dan berdepan kemungkinan calon mereka dilarang menyertai pilihan raya umum akan datang.
“Dua lagi pilihan ialah sama ada mematuhi pemberitahuan itu atau mencabar keputusan RoS di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat DAP malam ini bagi membincangkan pilihan parti kerana ia diberikan tempoh 14 hari untuk membuat keputusan.
Sumber berkata parti akan mengumumkan keputusannya selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) selesai.
Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo pada Isnin memaklumkan menerusi Facebook yang parti itu sudah menerima pemberitahuan rasmi daripada RoS, 10 hari selepas agensi itu mengeluarkan kenyataan media mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baharu CEC.
Pada 7 Julai, Ketua Pengarah RoS Mohammad Razin Abdullah berkata pemilihan CEC DAP pada 29 September, 2013 tidak dijalankan mengikut undang-undang.

1 ulasan:

  1. Berdasarkan sikap DAP, Aku jangka DAP akn mencabar keputusan RoS di mahkamah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA