Selasa, 18 Julai 2017

Tiada ‘big brother’ atau diktator dalam PH, bidas Khalid


Tiada ‘big brother’ atau diktator dalam PH, bidas Khalid
Pemimpin Pakatan Harapan di ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptrokasi" di Shah Alam hari ini. 
TIADA istilah "big brother" atau diktaktor dalam Pakatan Harapan (PH) kerana semuanya akan diputuskan secara muafakat oleh gandingan gabungan pakatan itu, kata pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad.
"Semua keputusan yang penting dibahas di dalam majlis presiden walaupun ada ketua umum, pengerusi dan presiden.
"Tapi mereka tiada kuasa mutlak untuk memutuskan apa-apa persoalan tanpa persetujuan dalam majlis presiden PH," katanya semasa memberikan kata-kata aluannya di hadapan 500 para hadirin pada ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Shah Alam hari ini.
Ceramah ini merupakan jelajah kedua bagi jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada PH untuk skandal syarikat beban hutang itu kepada rakyat Malaysia dalam kalangan melayu Islam yang merupakan pengundi majoriti pada pilihan raya umum.
"Kita nak tukar budaya politik yang sekian lama mencengkam negara kita supaya ada 'check and balance'. Jangan ada yang terlalu kuat, jangan ada diktator dan 'big brother' yang tentukan segalanya," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata PH bakal tenggelam kerana ia mempunyai tiga nakhoda dengan agenda yang berbeza.
Kenyataan tersebut dibuat selepas PH mengumumkan pucuk pimpinannya pada Khamis selepas berbulan-bulan bertanding, dengan pengerusi Bersatu dan bekas perdana menteri Dr Mahathir sebagai pengerusi manakala Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.
Presiden Amanah Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut menyindir Umno mengapa sejak akhir-akhir ini parti Melayu itu "mengambil berat" mengenai DAP dengan mempertikaikan jawatan DAP dalam PH.
"Tiba-tiba Umno sayang DAP, kenapa Kit Siang tiada dalam struktur (PH). Ertinya DAP diperalatkan Dr Mahathir.
"Yang lain pula kata terdapat agenda tersembunyi DAP.
"Umno ini nak apa?" soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA