Rabu, 26 Julai 2017

Tanpa kehadiran Hadi, Pas tetap yakin RUU 355 dibahas di parlimen



Pas yakin Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dibahaskan pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak ada sebab untuk parlimen tidak boleh membahaskan RUU 355.
RUU355"Sudah separuh ia dibahaskan jadi ia patut terus dibahaskan. Dan kalau boleh mengundi, kita undilah," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Tambahnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu tidak menjadi halangan untuk RUU itu dibahaskan.
Minggu lalu, anak sulung Abdul Hadi berkata, pembentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan ke Oktober ini kerana Presiden Pas itu kemungkinan tidak menghadiri sidang Parlimen.
Khalil Abd Hadi memberitahu Sin Chew Daily, bapanya masih memerlukan satu hingga dua bulan untuk berehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat seterusnya,” kata ketua Pemuda PAS itu kepada akhbar berkenaan.
Mengikut peraturan mesyuarat, mana-mana ahli Parlimen berhak membentangkan usul RUU persendirian, tetapi mereka perlu mendapat kebenaran speaker Dewan Rakyat dan membentangkan usul itu sendiri.
Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu.

1 ulasan:

  1. Elok le RUU 355 dtangguhkn shgga PH ambik alih kerajaan. Dan akn dbentangkn mlalui saluran yg betul serta mdpt perkenan DYMM Agong utk dbwa dlm parlimen.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA