Jumaat, 14 Julai 2017

Tak Mampu: Elaun sara hidup dan perjalanan guru pelatih dihentikan mulai Jun 2018, guru disaran ambil PTPTN


Bangi – Kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.
Memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau bagaimanapun berkata, pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan.
“Keseluruhan kos bagi empat tahun pengajian PISMP ialah RM27,831. Ini masih akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Menurut akhbar itu, guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.
Katanya, mereka yang sedang mengikuti PISMP akan terus menerima RM430 sebulan untuk elaun sara hidup dan elaun perjalanan tidak lebih RM500 setahun sehingga mereka tamat pengajian.
Chong berkata, elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163 juga akan dibayar oleh kerajaan.

3 ulasan:

  1. Anak2 muda, majoriti melayu, dipaksa berhutang semua krn ketamakan melampau beberapa kerat pemimpin utama umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kes sudah naya. Dulu tak mcm ni. Ini semua berlaku sejak 1mdb meletus

      Padam
  2. Padan muka..Kita yg pilih .. Redha sj..dekoder.. dekoder..800 juta..ytk dekoder...semua Tok sah P sekolah..tgk tv...Saja.. dekoder dekoder dekoder

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA