Khamis, 20 Julai 2017

Suaram mahu Najib jelaskan urus niaga Scorpene di Parlimen


Suaram mahu Najib jelaskan urus niaga Scorpene di Parlimen
Najib Razak ialah menteri pertahanan ketika urus niaga kontroversi itu dimeterai. 
KUMPULAN aktivis sosial, Suaram mahukan Perdana Menteri Najib Razak untuk menjelaskan transaksi dan dakwaan penyelewangan urus niaga kapal selam Scorpene semasa sidang Parlimen akan datang untuk membersihkan namanya.
Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata Najib, yang merupakan menteri pertahanan pada 2002 perlu berani untuk menjelaskan transaksi itu.
“Ini termasuklah dakwaan penyelewangan berjumlah € 114 juta (RM570 juta), penggunaan syarikat pesisir pantai dan membersihkan namanya dalam pelbagai tuduhan korupsi.
“Parlimen perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat korupsi dalam urus niaga pembelian senjata itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, aktivis sosial dan ahli politik pembangkang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka kembali kes pembelian kapal selam Scorpene yang dilakukan Malaysia selepas pihak berkuasa Perancis menyabitkan kesalahan dua eksekutif atas dakwaan menerima habuan dalam urus niaga itu.
Penyiasat Perancis menyabitkan kesalahan kepada dua bekas eksekutif kanan Philippe Japiot, bekas pengerusi unit limbungan tentera laut Perancis DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thalis, menurut sumber seperti dilaporkan AFP.
Kedua-dua mereka disabitkan bersalah kerana korupsi.
Sevan menyertai pihak lain yang mendesak Jabatan Peguam Negara untuk membuka kembali kes yang disiasat SPRM pada 2012 itu dan membenarkan Bantuan Perundangan Bersama seperti yang diminta Perancis.
“Komitmen kepada kerjasama antarabangsa seperti mana termaktub dalam Konvensyen Anti Korupsi PBB (UNCAC) yang diratifikasi Malaysia pada 2008, perlu dihormati dan tanggungjawabnya perlu dipenuhi,” katanya lagi.
Sevan juga berkata yang Abdul Razak Baginda, ketua perunding urus niaga senjata api itu kini menjadi tumpuan siasatan Perancis.
“Bukan lagi satu pilihan untuk terus berdiam diri dan berharap kes ini akan lenyap dengan sendiri,” katanya.
Pengarah Eksekutif Pusat untuk Menentang Korupsi dan Kronism (C4), Cynthia Gabriel dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Afif Bahardin juga mendesak SPRM dan polis menyiasat kembali kes itu, mengatakan wujud unsur korupsi dalam penjualan kapal selam itu.

Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang juga mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan korupsi dalam urus niaga itu.
Penyiasat Perancis melancarkan siasatan pada 2010 kerana aduan yang dilakukan Suaram.
Kes itu tertumpu kepada dakwaan yang pengeluar kapal selam Perancis membayar komisyen lebih daripada €114 million (RM570 juta) kepada syarikat pesisir pantai yang mempunyai kaitan dengan Razak.
Najib ialah menteri pertahanan ketika urus niaga bernilai AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion) untuk pembelian kapal selam Scorpene dimeterai.
Kerajaan Malaysia berulang kali mengatakan yang urus niaga itu bebas daripada korupsi.

3 ulasan:

  1. Hari pun malam kalau penguatkuasa nak siasat la....mereka semua dah tak tahu apa itu perlembagaan...

    BalasPadam
  2. Najib memilih untuk tidak memberi penjelasan jika ianya memakan diri.

    BalasPadam
  3. Knp najib banyak sgt taik? Layak ka org mcm ni masih memimpin negara? Woi bani melayu, guna otak kamu

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA