Sabtu, 29 Julai 2017

SPRM tangkap 3 individu kes FIC beli hotel di Kuching

Dua daripada mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
felda-london-sprm-tiga-orangSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap 3 individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak 3 tahun lalu.
Dua daripada mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditangkap di pejabat SPRM Putrajaya pada 9 pagi tadi apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 tengah hari merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahakan tangkapan tersebut dan berkata 2 pengarah syarikat ejen tersebut direman 7 tujuh hari sehingga 4 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Beliau berkata seorang lagi suspek dijangka akan direman pagi esok.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA