Jumaat, 21 Julai 2017

SPRM tak pernah hubungi k'jaan P.Pinang untuk ikrar bebas rasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Sebaliknya, beliau berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi kerajaan negeri untuk berbuat demikian.
"Tapi sekiranya mereka rujuk kepada kita, kita boleh bincang bahawa IBR bukan hanya tinggal ikrar sahaja dan mesti diikuti dengan tindakan-tindakan konkrit untuk banteras rasuah," katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Turut hadir pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama memerangai musuh nombor satu negara itu.
Pada 12 Julai lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA