Jumaat, 14 Julai 2017

Skandal 1MDB: Singapura sudah bertindak, Apandi Ali tunggu apa lagi?

Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali digesa menjelaskan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap siasatan ke atas skandal 1MDB, meskipun banyak negara telah melengkapkan siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan.
“Peguam Negara tidak harus berdiam diri dan menjelaskan mengapa berlaku kelewatan dalam kes ini. Dia juga mesti menjelaskan mengapa masih tiada lagi tindakan diambil di Malaysia.
“Dia juga harus menyatakan secara jelas apa yang telah terjadi dalam siasatan (kes) berkenaan dan bilakah tindakan dapat dilakukan,” kata Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo.
Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Puchong, kes seumpama itu akan memberi impak yang negatif terhadap pasaran kewangan negara, selain menghakis keyakinan pelabur jika tidak diatasi secara efisyen.
“Malaysia bakal kehilangan kredibiliti dengan ketiadaan tindakan berhubung perkara yang melibatkan 1MDB. Tindakan yang telah diambil dalam kes berkait 1MDB merentas dunia meletakkan sistem keadilan Malaysia dalam keadaan terjejas,” ujarnya.
Berdasarkan laporan media, pihak polis pada 12 April 2017 memaklumkan bahawa siasatan ke atas 1MDB selesai dan dokumen berkaitan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara.
Bagaimanapun, dokumen siasatan berkenaan dihantar semula kepada pihak polis dengan arahan untuk melakukan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.
Bekas perancang harta tanah BSI Singapura, Yeo Jiawei, 34, dijatuhi hukuman penjara 54 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pengubahan wang haram dan dakwaan menipu berkaitan dana 1MDB pada Rabu lepas.

7 ulasan:

  1. Macai2 najib akan kata ini konspirasi singapura dan doj. Nanti akan ditambah swiss, uk dst. Mufti pun sokong. Lebai hadi pun sama. Omg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak bertindak? Menurut apendi, tiada salah laku dibuat 1mdb. Pap Spore tu saja je nak tolong dap jatuhkan kerajaan.

      Padam
  2. Malaysia dah bnyk scandal sejak mahadir memerintah, apa salahnya najib tambah beberapa lagi scandals.

    BalasPadam
  3. Macai2 bangang terserlah dgn komen2 bangang tahap antarabangsa....kalu rakyat bertindak sibuk dia suruh org asing campurtanganlah....suruh dia bertindak senyap jer.....rakyat bermerjasama ngan org asing setakat bg bukti kpd negara asing bhw penyangak2/penyamun2 yg menyamun dimalaysia telah menggunakan negara mereka sebg tempat menyimpan dan membersihkan harta samunan mereka....oleh kerana mereka tak suka dilabel sbg gua alibaba utk simpan harta rompakan...maka mereka tak secara langsung tolonglah...nak harapkan kerajaan malaysia....jgn haraplah....sbb merekz tu penyamun tersebut....hihihi

    BalasPadam
  4. najib bin nazak15 Julai 2017 7:15 PTG

    apandi dah tertelan air mani najib

    BalasPadam
  5. Ehhh...tak bleh.. kang hilang periuk nasi korang nak bagi makan ke? Hahaha

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA