Sabtu, 22 Julai 2017

Skandal 1MDB: Sikap membisu k'jaan hanya burukkan reputasi M'sia kata MP UK

Ketiadaan maklum balas kerajaan berkenaan usul yang dibentangkan di Parlimen UK yang menonjolkan isu 1MDB, akan hanya memberi gambaran buruk terhadap Malaysia, kata seorang MP pembangkang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata usul tersebut dibentangkan di Parlimen UK, oleh MP Parti Buruh, Ann Clwyd pada 18 Julai lalu sewajarnya mendapat maklum balas segera dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya mengesa kerajaan untuk segera memberi maklum balas berkaitan usul [...] mengenai dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan kes kleptokrasi di Malaysia.
"Keenganan kerajaan Najib untuk memberi respons berkenaan usul tersebut hanya memburukkan reputasi Malaysia di luar negara," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PKR itu menyuarakan keprihatinnya skandal 1MDB dibangkitkan dalam parlimen di luar negara, yang menyentuh isu rasuah dan kebebasan asas.
"Menerusi usul berkenaan, kerajaan UK pimpinan Perdana Menteri Theresa May digesa untuk memastikan semua tuduhan pengunaan dana yang diseleweng dari Malaysia di UK disiasat dengan terperinci," katanya.
Nurul Izzah menegaskan bhawa 1MDB sedang disiasat di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland dan dianggap sebagai kes kleptokrasi terbesar yang pernah disiasat Inisiatif Aset Kleptokrasi Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Usul Clwyd menyatakan bahawa Dewan itu khuatir dengan dakwaan penyelewengan yang didakwa berlaku di 1MDB, dan juga menggalakkan kerajaan Malaysia untuk membenarkan pemerhati antarabangsa hadir untuk memantau dalam pilihan raya umum ke-14.
"Ia demi membuktikan kerajaan komited terhadap pilihan raya yang bebas dan adil, terutamanya apabila Malaysia akan menjadi Pengerusi Komanwel pada tahun 2020 kelak."
Walau bagaimanapun, usul tersebut masih belum mendapat banyak sokongan kerana ia dibentangkan pada 18 Julai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA