Isnin, 24 Julai 2017

Skandal 1MDB: Pembangkang tandus isu untuk dibawa ke Parlimen, sembang Azalina

TINDAKAN ahli Pembangkang yang mempertikaikan penolakan Speaker Pandikar Amin Mulia ke atas lebih 30 soalan yang dikemukakan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dibidas Menteri Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said.
Menteri itu yang mempertahankan tindakan tersebut berkata soalan yang tidak tersenarai atau didakwa ditolak pembangkang mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Malah katanya, empat soalan mengenai 1MDB sudah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat sejak hari pertama sidang Parlimen lepas.
"Tindakan pembangkang memperbesarkan isu ini hanya menunjukkan mereka ketandusan isu untuk dibawa ke Parlimen.
"Pembangkang seharusnya memberi keutamaan kepada isu rakyat setempat (kawasan mereka) dan bukan mengitar semula isu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu barisan ahli Parlimen pembangkang meluahkan ketidakpuasan hati mereka susulan daripada penolakan soalan berkaitan 1MDB.
Ia menyebabkan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi tadi kecoh seketika.
Kerana itu Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka sebulat suara akan mengemukakan usul menentang keputusan Speaker di bawah Peraturan 99 Mesyuarat Dewan Rakyat.

4 ulasan:

  1. Takkan lah wakil rakyat nak mengususulkan pasal racun tikus dan benih padi mcm dlm filem p ramlee. Bagi aku isu 1mdb dgn doj, saman di singapura, swizland adalah persoalan yang semua rakyat utamakan ingin tahu.

    BalasPadam
  2. Pendikar, setiap apa yang kita lakukan didunia ini akan disoal dihari pembalasan diakhirat, jika tidak menjalankan amanah dan tanggung jawab dengan adil juga akan disoal dan diadili dihari pembalasan tersebut, sehebat mana pendekar semasa didunia ini menepis itu menepis ini demi untuk menjaga periuk nasi, didepan Allah nanti bagai mana????

    BalasPadam
  3. Betina jantan ni tinggal di bandar tp otak kampungan. Itulah akibatnya bila terpaksa tongkat najib, NO MATTER WHAT

    BalasPadam
  4. Pandikar sama sajer dgn Peguam Negara...adalah syaitan dr kalangan manusia....dia diketuai oleh iblis dari kalangan manusia...iaitu najib altantuya alselami.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA