Sabtu, 1 Julai 2017

Skandal 1MDB: Peguam Negara tidak perlu dirujuk dalam saman DoJ



Apakah peguam negara benar-benar tidak mengetahui bahawa beliau tidak perlu dirujuk oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam saman sivil berkait dana 1MDB yang diselewengkan ataupun beliau hanya berpura-pura tidak tahu bertujuan mempertahankan perdana menteri.
Malah tuduhan Tan Sri Apandi Ali bahawa DoJ 'berniat politik' kerana tidak menghubungi beliau sebelum tindakan saman sivil itu diambil sangat mengecewakan pelbagai pihak dan dilihat sebagai 'membodek' untuk 'menyelamatkan' perdana menteri atau MO1 (dalam laporan DoJ), kata pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Apandi Ali"Ada tiga tafsiran boleh saya berikan terhadap komentar Apandi ini. Pertama, sememang Apandi tidak membaca laporan 251 muka surat 'complaint' DoJ itu.
"Kedua, kalau beliau sudah terbaca maka Apandi perlu kembali 'disekolahkan'.
"Ketiga, beliau sememang buat-buat bodoh dan buat-buat tak tahu. Dengan kata lain punya niat jahat menuduh DoJ mengambil tindakan ini semata-mata atas alasan 'politik' untuk menggugat atau apa pun 'niat politik DoJ'!" tegas beliau.
Dr Dzulkefly juga mempersoalkan sama ada Apandi atau para pegawainya tidak membaca laporan DoJ sehingga tidak mengetahui kewujudan istilah 'in rem' yang digunakan berulang kali dalam laporan DoJ.
Menurut beliau, di muka surat 7 di bawah tajuk 'Nature of Action' (Sifat Tindakan Saman) laporan terbaru DoJ tentang 1MDB menyatakan:
This is a civil action 'in rem' to forfeit assets involved in and traceable to an international conspiracy to launder money misapproptiated from 1Malaysia Development Berhad (1-MDB)...
"Kalau Apandi telah membaca istilah 'in rem' dan bukan 'in personan' yang digunakan DoJ, lalu kekal bertegas dengan kenyataan bahawa DoJ berniat 'political' dalam membawa saman sivil ini, maka jelasnya Apandi tidak layak memegang jawatan Peguam Negara kerana beliau tak faham apa makna istilah 'in rem' tersebut," katanya.
Beliau bagaimanapun penuh yakin peguam negara memahami maksud 'civil action in rem' yang digunakan DoJ iaitu segala tindakan undang-undang yang akan dijalankan dan dikelolakan pihak Mahkamah (Pendakwa/DoJ), tidak akan melibatkan pemilik dana iaitu 1MDB.
Sehubungan itu, beliau yakin Apandi sengaja memain emosi rakyat bahawa DoJ berniat jahat dan bermotif politik kerana tidak merujuk Kamar Peguam Negara (AGC).

"Beliau tahu bahawa beliau tidak perlu dirujuk dan tidak ada keperluan beliau dirujuk, dalam kaedah dan 'judgement in rem'!" katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, DoJ tidak perlu merujuk 1MDB atau pejabat peguam negara Malaysia kerana sistem kewangan Amerika telah dicerobohi dengan wang haram berbilion dolar bagi membeli aset-aset di Amerika.
Apandi juga, kata beliau tidak wajar memberi alasan tidak dirujuk DoJ memandangkan permohonan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber untuk bekerjasama memberkas penyangak 1MDB dan SRC menerusi 'Mutual Legal Assistance' (MLA) ditolak dua kali tanpa hujah yang kukuh.

1 ulasan:

  1. Semoga ketelusan dan kebenaran diketahui jua.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA