Khamis, 6 Julai 2017

Skandal 1MDB: Jika Puad begitu yakin, minta kerajaan dedah laporan audit 1MDB

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
JIKA Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salah laku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.
Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?
Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?
Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?
Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak memfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?
Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat.
PAS tidak berhasrat untuk menuduh sesiapa terlibat, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah. Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum.

2 ulasan:

  1. Aku sokong Tuan Ibrahim. Lawan tetap lawan.
    Lupakan hadi....biarkn hadi terkapai tggl seorg selepas ajib lari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup tuan ibrahim. Jadi patut bersara dari politik. Dah tua dan uzur.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA