Sabtu, 29 Julai 2017

Siasat Dr Mahathir sekarang, Hishammuddin cabar pembangkang

Pakatan Harapan perlu memulakan siasatan ke atas Dr Mahathir sekarang jika mereka benar-benar memperjuangkan keadilan dan bukan menunggu sehingga selepas PRU14, kata Hishammuddin.
Hishammuddin-Hussein-mahathir-mohamad-bertandingSETIU: Pakatan Harapan perlu memulakan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang jika mereka benar-benar memperjuangkan keadilan dan bukan menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Apa yang menjadi tanda tanya kenapa nak tunggu menang pilihan raya? Sudah nampak ada percanggahan, kalau menang siasat, kalau kalah sepakat, itu tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Setiu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas berkata ia berbeza dengan kerajaan BN yang menjalankan siasatan terhadap sesuatu isu seperti 1MDB yang melalui pelbagai siasatan sebelum ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya menerima maklum balas positif jentera di peringkat bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM) terhadap manual PRU14.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU14 berkata manual berkenaan menumpukan kepada gerakan lebih tersusun dan bersasar berbanding gerak kerja pada PRU13 lalu.

Mengenai calon pada PRU14, Hishammuddin mengingatkan wakil rakyat Umno dan BN untuk turun padang membantu rakyat bagi dipilih semula sebagai calon.
Katanya, pemilihan calon merupakan hak Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak melalui metadologi tertentu yang terbukti pada pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu.
“Saya setuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) supaya kita tidak perlu melobi, yang penting kita turun padang dan majoriti rakyat terima, jadi pimpinan tertinggi tahu kita boleh dicalonkan semula,” katanya.

7 ulasan:

  1. Sukahati PH ler bila nak siasat. Hishamuddin patutnya menentang ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa pemimpin.

    BalasPadam
  2. Zahid, hisyamudin, kJ, dn rmai top.5 umno dh mula tjuk taring menjaga hati najib. Masing2 la ni nk tjuk khebatan.... shit la...

    BalasPadam
  3. Zahid, hisyamudin, kJ, dn rmai top.5 umno dh mula tjuk taring menjaga hati najib. Masing2 la ni nk tjuk khebatan.... shit la...

    BalasPadam
  4. Hisyamudin ni sudah gila atau bahalol sebab PH tak ada kuasa pun untuk siasat sesiapa sekarang tunggulah bila PH dah memerintah bukan setakat Tun M, Najib dan Hisyamudin pun akan disiasat. Jangan lupa kes di KBS semasa Hisyamudin jadi Menteri Belia Dan Sukan, itu juga bakal disiasat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua setuju...biasalah bila dah mkn dedak kangkang rosmah...otak jd biul sebiulnyer.....ckp org bodoh dan bangang...kan ko yg ada kuasa...siasatlah....lg pun ko dah mula tubuhkan RCI bisness matawang tu...lantak ko lah...

      Padam
  5. Siasat sekupu hang tu 2 kes terkenal internationally
    1. 1mdb
    2. Scorpene
    Satu dunia tahu

    BalasPadam
  6. Nak siasat,siasat lah..

    Tgk tun rilek je..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA