Khamis, 27 Julai 2017

Siapa Armand mahu pertikai sumbangan Datuk Siti, Datuk K


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanArmada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membidas tindakan Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang bersikap defensif mempertahankan tindakan kasarnya terhadap Armada dalam insiden pergaduhan di bangunan Umno pada Rabu lalu.
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Gambar kiri)  berkata, Armand begitu defensif dengan teguran penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza berkaitan insiden yang berlaku itu.
"Walhal teguran Datuk Siti yang dibuat di laman Instagram milik @yasinsulaiman tidaklah kasar mana pun jika nak dibandingkan dengan komen yang dibuat oleh Datuk Armand.
"Teguran itu ditujukan kepada kedua-dua belah pihak, bukan sahaja pada Umno. Kenapa cepat terasa?"soalnya dalam satu kenyataan hari ini
Siti Nurhaliza yang juga isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K itu hari ini telah membalas tweet penyanyi Yassin Sulaiman.
Siti mengatakan: "yang kuat gaduh tu patut hantaq pi palestine baguih"
Justeru Armand di laman facebooknya pula menunjukkan reaksis kurang senang dengan komen Siti Nurhaliza.
Armand dipetik berkata:"Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda Umno atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin.
"Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda Umno sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?" soal Armand.
Justeru Syed Saddiq berpandangan adakah Armand mengakui bahawa Pemuda Umno memang kuat gaduh? soalnya lagi.

Kata Syed Saddiq beliau berbangga dengan pemuda Umno yang terlibat dengan misi kemanusiaan ke Palestin dan mengucapkan tahniah. Namun ujarnya lagi, jika Armada mempunyai kapasiti dan juga kemampuan untuk ke Palestin, juga akan berbuat demikian.
"Kami pasti akan pergi ke sana pada satu hari nanti untuk mempertahankan hak-hak saudara se-Islam kita disana tapi pada saat ini kami hanya mampu untuk membela saudara se-Islam di Malaysia yang ditindas oleh pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa.
"Jangan disebabkan sumbangan kecil yang telah kita hulurkan kepada warga Palestin, kita mendabik dada. Sedangkan ada individu-individu/NGO/aktivis seperti MERCY Malaysia, Muslim Volunteer Malaysia dan Women's Boat to Gaza yang jauh lebih banyak sumbangannya tidak kurang juga cabaran sehinggakan pernah ditawan oleh rejim zionis tapi mereka tidak pernah sekalipun mendabik dada.
"Jangan bongkak wahai armand," tempelaknya.
Katanya lagi Siti Nurhaliza memainkan peranan yang besar dalam bidang misi kemanusiaan. Beliau sangat aktif dalam membantu NGO-NGO yang berkaitan. Beliau juga pernah terlibat dengan misi kemanusiaan ke Yaman. Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam kempen-kempen kesedaran untuk orang ramai antaranya ialah, Hope Campaign.
"Kempen ini juga berkolaborasi dengan syarikat SimplySiti dimana Datuk K merupakan pengerusi bagi syarikat tersebut.

"Pada awal tahun lepas, Datuk Siti dan keluarga termasuklah Datuk K telahpun pergi ke Palestine walaupun bukan diatas tiket mana mana NGO mahupun pihak yang berkepentingan. Saya percaya dengan penziarahan tersebut, mereka telahpun membuka mata rakyat Malaysia mengenai isu Palestine ini.
"Walaupun mereka hanya menziarah Masjid Al Aqsa, Palestin tapi saya percaya ia membawa mesej yang sangat bermakna buat rakyat Malaysia dan Palestin.
"Kita semua ada peranan yang tersendiri. Janganlah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang lain tidak sebesar kita. Kita mempersoalkan pula sumbangan mereka. Setiap orang ada peranan dan sumbangannya yang tersendiri.
"Janganlah kerana politik kita lupa diri. Kalau ahli politik tidak ingin rakyat biadap, ahli politik perlu beradap," tegasya.
Bagaimanapun Siti Nurhaliza membalas tweet Armand  dengan memohon maaf sekiranya Exco Pemuda itu terasa dengan tweet yang dihantarnya itu.
“Saudara Armand terasakah? Saya tidak sebut nama pun,” katanya ringkas dalam balasan catatan Instagram terbaharu Armand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA