Sabtu, 29 Julai 2017

Shahrizat: Terima kasih Dr Mahathir, era anda sudah berlalu

Shahrizat, hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di Pulau Langkawi.
Shahrizat-Abdul-Jalil-mahathir-mohamad-bendera-malaysia-umnoLANGKAWI: Wanita Umno perlu berani menjelaskan kepada rakyat Langkawi bahawa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin sudah berlalu, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di pulau ini.
“Kepada Tun Mahathir, kita berterima kasih (kerana membawa pembangunan ke Langkawi).
“Namun hidup perlu diteruskan. Jangan takut untuk mengatakan ini (kepada rakyat Langkawi),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Langkawi di sini.
Menurutnya Dr Mahathir yang kini bersama-sama pakatan beberapa parti pembangkang sebenarnya hanyalah menjadi umpan untuk meraih sokongan orang Melayu yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada jumlah pengundi di Langkawi.
“Suka tak suka tapi itulah hakikatnya… kalau pangkah (memilih untuk menyokong) Tun Mahathir samalah seperti memilih DAP untuk menjadi kerajaan,” katanya.
Shahrizat berkata, tidak mustahil bagi Barisan Nasional untuk mengulangi kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri di pulau ini.
Menurutnya, apa yang penting adalah kesetiaan dan disiplin anggota-anggota Umno untuk meneruskan kerjasama menggunakan strategi berkesan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sebelum PRU13 pun dikatakan kita menghadapi cabaran hebat di Langkawi tetapi akhirnya kita menang dengan majoriti yang besar di Langkawi,” katanya.
Beliau berkata persediaan menghadapi PRU14 bagi Wanita Umno sudah memasuki pusingan terakhir dan setiap anggota perlu memastikan jentera mereka sudah berjalan dengan baik untuk pilihan raya ini.

3 ulasan:

  1. Getik aku menengok si mah badak dan ijat lembu...tergedik2 menyambut sikajol...gambaran yg dpt dijelaskan betapa mah badak ini gelojoh sebagaimana gelojoh duit negara dibuat mcm duit kepala mak bapak dia....mari kita pastikan mah badak dan ijat lembu selepas PRU 14 nnt kojol bersama parti penyamjn umno/bn....hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan dua2 masuk penjara. Sorang di sg buloh dan sorang lg di kajang. Keluarga mrk boleh ulang alik naik mrt sg buloh - kajang utk lawat

      Padam
  2. Terima kasih shahrizat..lembu ape cita..??
    Sihat..??
    Bila nak beli villa pulak..??
    Hanattt

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA