Khamis, 20 Julai 2017

‘Semua skandal Mahathir kini tanggungjawab HARAPAN’ - Kua Kia Soong

Seorang aktivis hak asasi veteran menggambarkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan, atau dalam kata-kata bekas perdana menteri itu - "top dog" gabungan itu - sebagai pengkhianatan terbesar gerakan reformasi.
Kua Kia Soong berkata sudah cukup buruk apabila HARAPAN bersekongkol dengan "bekas autokrat yang belum bertaubat" itu.
"Sekarang pula Mahathir menjadi pengerusi gabungan itu, HARAPAN akan menjawab semua skandalnya.
"HARAPAN perlu bersedia berhubung kerugian mata wang asing sebanyak RM30 bilion yang berlaku semasa tempoh Mahathir," kata penasihat Suaram itu dalam satu kenyataan.
Gerakan reformasi lahir selepas Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

2 ulasan:

  1. Si bodoh ni tulis buku 13 Mei. Isi dalam buku ini tak betul. Kini nak marah kat Mahathir pula. Podah.....

    BalasPadam
  2. Kua ni sokong najib ke rakyat? PH berazam memulihkan imej malaysia, kua patut menyokong.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA