Ahad, 23 Julai 2017

Saya seorang tidak mampu betulkan pemikiran Melayu, kata Dr M

Pengerusi PH menolak dakwaan hak Melayu akan terhapus sekiranya Umno terhapus.
mahathir-2
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan mengenai pemikiran orang Melayu yang disifatkan sangat perkauman, dengan berkata parti politik yang berharap untuk menang pilihan raya umum nanti perlukan sokongan mereka.
Katanya, begitulah hakikatnya dulu ketika beliau memerintah negara dan sekarang.
“Pada zaman saya, kamu takkan menang kalau tak sokong orang Melayu. Keadaan masih sama,” katanya keapda pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbka hari ini.
Ditanya mengapa beliau tidak mengubah pemikiran orang Melayu semasa menerajui kerajaan, ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau seorang tidak mampu membetulkannya.
“Ia tugas semua orang,” katanya ringkas.
Pengerusi PH itu semalam berkata orang Melayu masih sangat perkauman maka partinya PPBM perlu kekal sebagai parti untuk orang Melayu.
Oleh itu, sekiranya pendaftaran DAP dibatalkan dan usaha PH merasmikan gabungan gagal, parti itu tidak boleh bertanding atas tiket PPBM, kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Dr Mahathir menyangkal menteri Umno Datuk Seri Salleh said Keruak hari ini yang mendakwa hak Melayu akan terhapus sekiranya Umno terhapus.
Ini kerana hak Melayu bukan objek yang menjadi hak milik Umno, jelasnya.
Seperti yang tersurat pada istilah itu, hak Melayu milik orang Melayu dan mereka yang menyokong kaum itu akan pastikan kelangsungannya.
“Tetapi Umno tak lagi sokong (kelangsungan hak Melayu). Mereka buang Dasar Ekonomi Baru, yang dimaksudkan untuk orang Melayu.
“Mereka gantikan dasar itu dan kini menyebarkan 1Malaysia.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA