Selasa, 11 Julai 2017

Saman DoJ ‘tidak berasas tanpa bukti kukuh’, sembang Lokman


Saman DoJ ‘tidak berasas tanpa bukti kukuh’, kata Lokman
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Lokman Noradam berkata, isu cincin yang kononnya diberikan Jho Low kepada Rosmah sengaja dibangkitkan walaupun ia tiada dalam senarai barang yang ingin dirampas. 
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pasti memfailkan tuduhan jenayah terhadap pemimpin Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya terdapat bukti, kata pemimpin Umno.
“Sejak DoJ membuat tuduhan berdasarkan laporan (bekas pemimpin Umno) Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, mereka meneruskan tuduhan tidak berasas menggunakan Akta Kleptokrasi, kata pengarah komunikasi strategik kementerian kewangan Lokman Noradam dan menambah saman terbaharu DoJ “tidak berasas tanpa bukti kukuh”.
“Mereka sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan atau mengambil tindakan undang-undang. Ia menunjukkan betapa lemahnya sistem perundangan AS,” kata Lokman dalam satu temubual dengan Sinar Harian.
Lokman berkata, hingga kini tiada sebarang tuduhan jenayah difailkan selepas DoJ mengumumkan saman pertama pada Julai 2016.
“Ia jelas tuduhan itu hanya untuk memberi persepsi negatif kepada pucuk pimpinan negara.
“Mereka dengan sengaja menyebut tentang cincin kononnya diberikan Low Teck Jho (Jho Low) kepada Rosmah Mansor. Sedangkan cincin itu tiada dalam senarai barang yang ingin mereka rampas,” kata Lokman.
Katanya sekiranya mempunyai bukti, sudah lama pihak terbabit didakwa di mahkamah dan bukan menggunakan Akta Kleptokrasi.
Sementara itu, Lokman berkata The Wall Street Journal (WSJ) tidak membuktikan AS$681 juta (RM2.93 bilion) yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri Najib Razak di Singapura adalah daripada 1MDB.

“Sebalikya mereka berhenti bila peguam (Najib) cuba mencari penjelasan. Itulah masalah kita dengan kes ini.
“Ada yang mengatakan: mengapa tidak saman WSJ? Bukan kita tidak mahu saman, perlu faham kita tidak boleh saman media negara lain.
“Bagaimanapun, sekiranya kenyataan (WSJ) dibuat di negara ini, tindakan boleh diambil,” katanya.
“Itu sebabnya (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua membuat tuduhan menggunakan sumber daripada Sarawak Report, Najib saman beliau,” kata Lokman.
DoJ memfailkan saman ketiganya bulan lalu, untuk merampas aset bernilai AS$1.7 jutaa yang dipercayai diperoleh menerusi wang yang dicuri daripada 1MDB. Tuntutan itu membawa kepada jumah aset yang didakwa tidak disalahgunakan kepada AS$4.5 bilion.
Najib bagaimanapun menafikan salah laku itu.
Pemimpin Umno menuduh pihak berkuasa AS dan pembangkang bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

2 ulasan:

  1. Kenapa pm Singapore Lee kwan yu boleh saman the star dulu? The star kalah dan kena byr saman malu.
    Ini menunjukkan kita pun boleh saman wsj jika saman itu kita failkan di usa.

    BalasPadam
  2. tak der bukti yg kukuh????......kalo ko ada bukti yg kukuh....pergi cabar saman DOJ itu....kerana itu sepatutnyer korang buat.....jgn meyalak sana...sini....tak der bukti kukuhlahhh....nampak sgt korang cuba nak mengeliru dan menipu rakyat sajer......kalu ko tak cabar dan tunjukkan bukti yg kukuh bermakna mmg betullah saman itu dibuat......dan tak secara langsung korang mengaku akan kebenaran saman DOJ itulah......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA