Rabu, 26 Julai 2017

RM2 bilion diperlukan pulih 'projek sakit' T'ganu..!!

Terengganu sedang dilanda “projek sakit bersiri” kata seorang ahli parlimen pembangkang, yang mendakwa bil untuk merawat penyakit itu akan meningkat sehingga RM2 bilion.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendakwa ini termasuk stadium bola sepak Gong Badak (RM300 juta); Hab Pendidikan Taman Ilmu di Besut (RM350 juta); Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir (RM350 juta); dan Kompleks Akuatik Batu Buruk (RM30 juta).
Kos asal bagi empat projek yang terbengkalai itu berjumlah RM1.03 bilion, tetapi Raja Kamarul Bahrin Shah menngaggarkan kerja-kerja pembaikan untuk menyiapkan projek terbengkalai berkenaan akan meningkat antara RM1.35 bilion hingga RM1.5 bilion.
Beliau berkata projek Hospital Pakar Kuala Terengganu bernilai RM180 juta itu yang masih dalam pembinaan, juga memerlukan kerja pemulihan kerana didakwa terdapat pertumbuhan kulat pada struktur.
"Kos keseluruhan projek sakit Terengganu mencecah sekiatr RM2 bilion.
"Di manakalh dan bilakah penghujungnya ‘projek sakit bersiri’ Terengganu ini akan berakhir?" soal wakil rakyat AMANAH itu pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.
Beliau berharap apabila soalan mengenai projek-projek ini dikemukakan di Dewan Rakyat, kerajaan boleh memberikan jawapan yang munasabah.
Bulan lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya akan membantu memulihkan hab pendidikan Taman Ilmu.
Sementara itu, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak telah mengalami dua runtuhan, sekali pada tahun 2009 dan satu lagi pada tahun 2013.
Bagi Kompleks Bebas Cukai Kenyir, tarikh pembukaan terus ditangguhkan sejak tahun 2015. Baru-baru ini, kerajaan negeri Terengganu berkata kompleks itu - yang pembinaannya dimulakan pada tahun 2010 - akan dibuka menjelang Julai tahun depan.
Kompleks Akuatik Batu Buruk ibuka pada tahun 2008, tetapi terpaksa ditutup pada 2014 disebabkan pelbagai masalah struktur. Kemas kini berita terakhir, memaklumkan bahawa kompleks itu akan dibuka semula pada Januari tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA