Khamis, 6 Julai 2017

Reaksi terkini rakyat terhadap skandal 1MDB beri harapan untuk perubahan

KETIKA Tony Pua menerajui kempen terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu mendedahkan kekecewaan terbesarnya dalam perjuangan selama tujuh tahun ini.
Ia bukanlah mengenai hakikat Kabinet negara yang terus mempertahankan Perdana Menteri dan penasihat 1MDB Najib Razak, ataupun tiadanya dakwaan terhadap jenayah yang dikatakan berlaku dalam firma pelaburan negara dibebani hutang itu.
Bagi Pua, kekecewaannya ialah sikap rakyat Malaysia yang tidak cukup marah atas keseriusan dan skala skandal yang berlaku untuk memaksa Najib meletak jawatan.
Dianggarkan 1MBD kehilangan hampir RM39 bilion dalam tempoh lima tahun kerana penipuan dan salah urus. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa kira-kira AS$4.5 bilion dicuri daripada dana itu.
Walaupun dunia terkejut dengan pendedahan bagaimana wang itu didakwa dicuri dan dibelanjakan oleh individu terdekat dengan Najib, ia masih tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia bersuara mengenainya, kata Pua.
Sebaliknya, pada masa sama pembongkaran 1MDB berlaku, protes besar-besaran di Brazil, Thailand dan Korea Selatan bagi menjatuhkan presiden dan perdana menterinya atas skandal rasuah mereka sendiri.
"Di Korea Selatan, presidennya terpaksa meletakkan jawatan atas jenayah yang jauh lebih kecil berbanding 1MDB," kata Pua mengenai Park Geun-hye yang dipaksa berundur berhubung skandal derma politik yang melibatkan pembantunya.
Di Brazil, presiden Dilma Rousseff ditahan pada September 2016, selepas perbicaraan mahkamah selama 10 bulan, di mana beliau menafikan tuduhan memanipulasikan bajet negara.
Walaupun 1MBD tidak langsung membabitkan Najib, siasatan mendedahkan kira-kira AS$732 juta wang yang disalahgunakan daripadanya berakhir di dalam akaun bank peribadinya.
(Nota: Jumlah wang 1MDB yang masuk ke akaunnya adalah AS$732 juta secara berperingkat, AS$681 hanyalah sebahagian daripadanya).
Najib menafikan semua salah laku dan mendakwa ia sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Tetapi kurangnya tindakan daripada rakyat Malaysia mengecewakan Pua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA