Isnin, 31 Julai 2017

Razak Baginda ialah elit terpisah daripada arus perdana

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid berkata, nasihat Razak Baginda itu akan memburukkan masalah ketandusan modal insan kerana lebih ramai rakyat berpotensi membawa perubahan meninggalkan negara ini.

Syerleena-Abdul-Razak-BagindaPemimpin DAP menepis nasihat Abdul Razak Baginda kepada pencari kerja untuk berhijrah ke negara lain kerana saranan itu dibuat seorang elit yang terpisah daripada arus perdana masyarakat Malaysia.
Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid merujuk kenyataan penganalisis itu yang mengetuai badan pemikir Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon) dalam sebuah forum pada 27 Julai lalu.
Razak dilaporkan berkata, belia tempatan sekiranya mendapati tidak ada lagi peluang di negara ini, boleh berhijrah ke negara lain untuk mencari pekerjaan atau peluang ekonomi lain.
Syerleena berkata, nasihat Razak itu menunjukkan beliau tidak tahu kesusahan dihadapi rakyat Malaysia hari ini.
“Cadangan itu datang daripada Abdul Razak Baginda – seorang lelaki yang tahu sedikit sahaja tentang berhijrah ke negara lain dalam keadaan susah – ini menunjukkan betapa terpisahnya golongan elit.
“Bukan semua orang ada wang untuk berpindah ke luar negara dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai hubungan (dengan orang berpengaruh) seperti beliau untuk berbuat demikian.
“Orang kekal dalam negara atas alasan keluarga juga. Adakah Abdul Razak Baginda mencadangkan memecah belahkan keluarga dan melemahkan institusi keluarga?” soalnya ketika dihubungi FMT.
Syerleena yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, Malaysia sudah menghadapi masalah ketandusan modal insan dan tidak wajar menasihatkan rakyat mencari peluang di negara lain.
“Ketandusan modal insan berlaku atas sebab seperti peluang lebih baik di luar negara, di mana gaji lebih tinggi dan lebih banyak faedah, antara lain, tetapi untuk menasihatkan rakyat berhijrah adalah tidak perlu dan saya berani mengatakan ia satu bentuk pengkhianatan.”
Syerleena berkata, ketandusan modal insan adalah kebimbangan serius untuk Pakatan Harapan kerana ia bermakna lebih ramai rakyat yang berpotensi membawa perubahan meninggalkan negara.
“Kadar rakyat Malaysia yang berhijrah, sama ada secara kekal atau tidak, menjadi topik perbincangan serius dan Pakatan Harapan sudah mengambil beberapa langkah untuk memulihkan keadaan itu.
“Awal tahun ini, kerajaan Pulau Pinang melancarkan skim biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang sebanyak RM20 juta sebagai cara untuk mengekalkan bakat kita.
“Biasiswa itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia di bawah 25 tahun yang mendapat CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) minimum 3.0. Untuk melayakkan diri, mereka perlu berasal daripada keluarga berpendapatan tidak lebih RM15,000 sebulan.
“Saya secara peribadi tidak akan menggalakkan rakyat berhijrah. Ini rumah kita. Secara peribadi, saya terlalu cinta kepada negara ini dan akan meneruskan pembaharuan yang diperlukan rakyat Malaysia.”

CHARLES-SANTIAGOKhamis lalu, Razak dilaporkan berkata, ketandusan modal insan atau “brain drain” memberi petanda kepada sesebuah kerajaan mengenai kegagalannya.
Syerleena bagaimanapun percaya kerajaan Barisan Nasional tidak seperti Pakatan Harapan yang bimbang dengan jumlah “besar” rakyat meninggalkan negara ini.
“Ini hanya akan menguntungkan politik mereka. Jika mereka benar-benar prihatin, tentunya sesetengah isu seperti rasuah, kronisme dan sistem kuota akan ditangani dengan teliti. Sudah tentu, sekarang kita akan nampak langkah konkrit, strategik untuk menghentikan ketandusan modal insan.
“Salah satu cara untuk mengajar kerajaan ini ialah mengubah kerajaan dan mengundi mereka yang boleh melakukan kerja lebih baik.”
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga sependapat ketandusan modal insan tidak patut digalakkan, tetapi katanya, rakyat tertarik untuk berhijrah demi mendapatkan peluang lebih baik.
“Tidak ada negara yang mahu rakyatnya bekerja di negara lain, tetapi dalam persekitaran pasaran global sekarang, ada banyak kecenderungan untuk berhijrah,” katanya kepada FMT.
Wakil rakyat DAP itu berkata, masih ada cara untuk rakyat yang meninggalkan negara ini membantu Malaysia.
“Mereka yang berjaya boleh kembali ke negara ini dengan kepakaran mereka untuk membantu ekonomi tempatan atau membawa balik modal untuk melabur dalam negara ini,” katanya.

1 ulasan:

  1. dah sebiji mcm yahudi mamat nie.....supaya dapat penyamun bermaharaja lela di Malaysia ini......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA