Rabu, 26 Julai 2017

Pua: Memang pembangkang perbesarkan isu 1MDB

Seorang anggota parlimen DAP mengakui kata-kata Datuk Seri Najib Razak bahawa parti pembangkang memperbesar-besarkan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan.
Kata Tony Pua, pembangkang bertindak begitu kerana Malaysia kini dikenali sebagai sebuah kerajaan kleptokrasi di seluruh dunia.
Pada masa sama Pua mempertikaikan mengapa perdana menteri setakat ini hanya berani membuat penjelasan "mempertahankan diri" saja tanpa memberi peluang rakyat membangkitkan apa-apa persoalan mengenai 1MDB.
Pua juga berkata sejak lima tahun lalu perdana menteri enggan memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan di parlimen.
Malah kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu, 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak oleh Dewan Rakyat semasa hari pertama persidangan semalam.
"Hakikatnya Najib memiliki peluang terbaik untuk menjadikan pembangkang benar-benar bodoh - jika memang betul pembangkang memperbesarkan isu 1MDB secara berlebihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam perdana menteri berkata ada ahli politik tertentu mengunakan isu berkaitan 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
Bukan sabotaj 1MDB
Berucap di depan kira-kira 900 pelabur tempatan dan asing di Kuala Lumpur, Najib berkata kerajaan mengakui terdapat kesukaran dalam tadbir urus 1MDB dan secara peribadi beliau memberi arahan untuk merasionalisasi operasi syarikat berkenaan.
"Tetapi jangan lupa bahawa walaupun terdapat isu dalam 1MDB, ahli politik tertentu telah memperbesar-besarkan isu itu dan cuba mensabotaj syarikat itu dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan sewaktu pilihan raya," katanya.
Hasil daripada usaha rasionalisasi 1MDB yang berterusan, Najib mengulangi bahawa banyak aset yang dimiliki oleh 1MDB kini semakin berkembang pesat.
"Seseorang hanya perlu memandu ke Tun Razak Exchange untuk melihat pembangunan di sana," katanya.

Pua berkata rakyat Malaysia berminat untuk tahu mengapa Najib enggan memberi koenyataan mengenai asal-usul dana bernilai AS$731 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya selepas tindakan antikleptokrasi difailkan AS pada Julai tahun lalu.
Kata setiausaha publisiti DAP itu, pembangkang menegaskan mereka bukanlah pihak tidak mensabotaj 1MDB.
Sebaliknya, kata Pua, perdana menteri dan pengurusan atasan 1MDB yang melakukannya dengan salah urus melebihi AS$5.7 bilion (RM25 bilion) menyebabkan syarikat itu gagal memenuhi tanggungjawab hutangnya.
"Bagaimanapun kita bersetuju dengan perdana menteri bahawa kitalah yang memainkan isu skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.
"Ia dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan yang memalukan dan dikenali sebagai kleptokrasi di mata dunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA