Selasa, 25 Julai 2017

Polis sedia benarkan perhimpunan anti-kleptokrasi anjuran PH

Khalid berkata perhimpunan di Petaling Jaya itu tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.
khalid-abu-bakar_mahathirtalk_600
KUALA LUMPUR: Polis hari ini berkata ia tiada masalah membenarkan Pakatan Harapan (PH) mengadakan perhimpunan pada 14 Oktober depan, asalkan memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Selagi mereka mematuhi akta tersebut dan peruntukkan di bawahnya, tak ada masalah,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Semalam, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perhimpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Kleptokrasi, atau negara yang diperintah pencuri, merupakan istilah yang digunakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikah (DoJ) dalam usahanya merampas aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana curi 1MDB.
Dr Mahathir berkata perhimpunan itu bakal dihadiri puluhan ribu orang.
Sementara itu, mengulas mengenai peguam kontroversi Siti Kasim yang membuat laporan polis terhadap ancaman memenggal kepalanya, Khalid berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.
“Kita akan siasat, kita dah terima laporan jadi kita akan jalankan siasatan, proses siasatan itu macam biasa. Mana yang kita perlu segerakan, kita akan segerakan,” katanya.
Semalam, Siti Kasim membuat laporan polis terhadap ancaman memenggal kepala yang diterimanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA