Khamis, 27 Julai 2017

Polarisasi Malaysia semakin melarat? Penganalisis berbeza pandangan

Ketua Ideas Wan Saiful Wan Jan bimbang keadaan politik semakin menjadi perkauman dan agama tetapi pensyarah UUM Azizuddin Mohd Sani berpandangan sebaliknya.
wan-saiful-3
SHAH ALAM: Keadaan politik negara semakin menjadi perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan hari ini.
Beliau memberi amaran keadan itu membawa kesan “serius” kepada rakyat selepas PRU-14.
“Siapa pun yang menang, saya tak optimis dengan apa yang akan berlaku selepas PRU-14.
“Saya khuatir negara akan merana,” katanya pada forum mengenai Pakatan Harapan dan BN di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Beliau mendakwa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya terbaharu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya diluluskan akan meningkatkan segmen pengundi berdasarkan kaum.
“Saya kesal terpaksa berkata begini tetapi saya bimbang, tanpa sedar, kita menuju ke arah polarisasi, bukan keharmonian.”
Prof Azizuddin Mohd Sani
Prof Azizuddin Mohd Sani
Bagaimanapun, pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Azizuddin Mohd Sani tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Beliau berkata meskipun sifat politik itu mengasing-asingkan masyarakat, beliau tidak percaya ia akan membawa kepada kemelaratan polarisasi.
“Kita perlu bimbang apabila orang ramai terlalu terikat kepada dan atau terlalu emosi akan kedudukan politik mereka.”
Beliau berkata pengundi perlu diingatkan supaya sentiasa bersikap rasional.
Beliau berkata politik arus kanan kejadian biasa di seluruh dunia, tetapi mengakui Malaysia salah satu daripada segelintir negara yang menginstitusikan politik perkauman.
Beliau berkata polarisasi tidak perlu menjadi kebimbangan yang besar di negara yang memiliki kelas pertengahan yang besar seperti Malaysia.
“Di Malaysia, ekonomi menjadi keutamaan dan kita menggunakan ekonomi untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Untuk menghapuskan politik kaum di negara ini sesuatu yang sangat sukar tetapi saya optimis Malaysia menjadi semakin harmoni dan bukan polarisasi seiring dengan masa.”
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik pula tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan ahli politik boleh membetulkan isu polarisasi kaum.
“Saya tak yakin hubungan antara kaum akan menjadi lebih baik melalui ahli politik.
“Secara umumnya, ahli politik hanya mahu meraih markah politik.
“Kita, rakyat, perlu sedar mengukuhkan keharmonian itu tanggungjawab kita.
“Polarisasi berlaku kerana kita tidak berinteraksi secukupnya. Kita perlu saling berhubungan, kita perlu bercakap antara satu sama lain.
“Kita yang perlu mengukuhkan keharmonian.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA