Khamis, 27 Julai 2017

PKR belum lupa perbuatan Dr Mahathir sembang Annuar Musa

Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas Perdana Menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir walaupun secara zahirnya beliau diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
"Ada perumpaan Melayu mengatakan pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir," katanya kepada pemberita di Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Pengerusi Kelab Usahawan Amanah Terbilang (KUAT) Narma Che Man.
Semalam, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.
Mengulas lanjut Annuar berkata Wan Azizah sebenarnya secara simbolik memberi peringatan kepada Dr Mahathir agar tidak mengambil mudah terhadap PKR dan pastinya amaran itu datang daripada Anwar.
"Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan Umno (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan" katanya.
Beliau turut mendakwa penyertaan Dr Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara.

5 ulasan:

  1. KALAU BN TUMBANG AKU SUSAH, KES BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA PANAS BALIK MANA AKU NAK LARI, AKU KENA MERAPU SUPAYA PENGUNDI SOKON BN

    BalasPadam
  2. Perumpamaan ada berkata - Anuar lupa SPRM tapi SPRM tak lupa Anuar

    BalasPadam
  3. Annuar tak perlulah sibuk pasal dr M dgn pkr. Bola Kelantan, apa hal makin tercorot daa. Dr M lah yang menaikkan annuar dah lupa ker.

    BalasPadam
  4. Bukankah ada org sprm yg kata jk kerajaan BN tumbang, ramailah menteri dan vvip umno akan masuk penjara. Awas Annuar, bersedialah

    BalasPadam
  5. Annuar Musa sudah jadi ahli PKR kah sekarang? Keliru sungguhlah pemimpin Umno semakin risaukan parti-parti pembangkang berbanding parti-parti komponen BN.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA