Selasa, 25 Julai 2017

Permatang Pauh: Pas tetap lawan PKR


KOTA BHARU - Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas  terhadap PKR  apabila parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan sahaja di kerusi disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahkan parti itu akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR.
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya.
Mengulas mengenai individu yang sesuai melawan Dr Wan Azizah untuk memastikan Pas tidak menanggung malu, Mohd Amar memberitahu pihaknya tidak ketandusan calon untuk bertanding.
“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, bukan sahaja di Permatang Pauh, Pas juga tidak mustahil akan meletakkan calon mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi DAP.
“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi. Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya yang memberitahu Pas kini sedang mengintai mana-mana kerusi  yang berpotensi untuk parti itu kuasai pada PRU14.
Baru-baru ini Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di kerusi disandang oleh isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut  menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi di Parlimen dan Dun kawasan tersebut.
Tindakan itu juga mendapat reaksi kurang manis daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan Pas sengaja mahu menimbulkan provokasi dan menguji kesabaran parti itu.

6 ulasan:

  1. Tian Chua...tak gheti² lagi ke ?

    BalasPadam
  2. Biaq p la ..tanding Saja..Sapa menang dia buat kerja..yg Tak menang boleh p pencen..rakyat nak bodo Biaq p ..

    BalasPadam
  3. Bukan takat Tuan Chua, Timbalan Presiden pun tak gheti2 jugak!

    BalasPadam
  4. Aku amat simpati kpd sesiapa yg dicalon kan PAS bertanding lawan Wan Azizah kerana merugikan masa, tenaga, wang dan harapan kerana imut logik kiraan melalui 'aqal, calon PAS pasti 100% KALAH.

    BalasPadam
  5. Dato Amar, lawan tu satu hal, gunalah ilmu hisab wat kira kira duku utk tengok boleh menang ke? Bodoh dan ego betul parti pas jika letak calon bertanding di tempat yg dah tahu kalah.

    BalasPadam
  6. Mangkuk tetap mangkuk...depa mane tau metematik....ilmu hisap pandai kut

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA