Isnin, 24 Julai 2017

Permatang Pauh , Debat Dan Harapan


Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Isu anjing sejuk sikit selepas viral penyakit anjing gila. Sekarang ni geger isu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Permatang Pauh, isu Syeikh Nuruddin al-Banjari vs Dr Rozaimie Ramli dan isu pembentukan Pakatan Harapan.
2) Isu jentera PAS Permatang Pauh dicemuh lawan sebagai memberi tongkat kepada Umno, pengacau dan sebagainya. Manakala dari peringkat PAS pula, semua berpendirian PAS Permatang Pauh sudah kembali bekerja untuk parti sendiri. 3) Dari sudutu PH/PKR, ia adalah sabotaj PAS terhadap kerusi lagenda pemimpinnya DS Anwar/DS Wan Azizah. Malah DS Anwar bukan sekadar menang atas kerusi PKR kononnya ihsan laluan yang PAS beri, malah DS Anwar menang sejak beliau dalam Umno/BN lagi. Maka sudah menjadi sesuatu yang sebati antara DS Anwar - Permatang Pauh, Permatang Pauh - DS Anwar.
4) Bagi PAS, kerusi Permatang Pauh sudah ditandinginya sekian lama, menentang Umno/BN termasuk menentang DS Anwar sendiri yang masih Umno/BN. Sehinggalah tertubuhnya PKN/PKR, PAS memberi laluan kepada DS Anwar/PKR untuk berdepan Umno/BN sebagai permuafakatan politik BA. Jentera PAS Permatang Pauh diguna untuk kempen politik PKR.
5) Hari ini setelah tiada lagi tahaluf siyasi dengan PKR, PAS mengambil langkah untuk menggembeling tenaga jentera mereka untuk PAS sendiri. Setelah sekian lama tidak bertanding, kali ini adalah cubaan pertama PAS untuk mengetahui sokongan akar umbi yang masih tersisa setelah berlalunya era BA, PR dan sekarang era tertubuhnya AMANAH dan HARAPAN.
6) Saya rasa tak ada masalah PAS mahu bertanding. Itu Hak PAS dalam sistem demokrasi. Tiga penjuru pun tiga penjurulah. Siapa nak menang, kena pandai kempen. Kena ingat, PRU kali ini, BN belum tentu kuat, lebih-lebih lagi di Permatang Pauh. Sebahagiannya telah pun menjadi penyokong PPBM. PAS juga belum tentu kuat, kerana sebahagiannya telah menyertai AMANAH. Tiga penjuru yang agak fair dari segi kekuatan. Cumanya cabaran HARAPAN adalah cara kempen dan cara memenangi hati rakyat pedalaman. Mereka hanya kenal lambang dacing dan bulan, belum kenal lambang hebat HARAPAN.
7) Debat Syeikh Nuruddin al-Banjari vs Dr Rozaimie Ramli saya cadangakan tak perlu diadakan, kerana tak ada nilai positif untuk kesatuan ummah. Siri Aswaja vs Wahabi tak pernah habis dan hanya menjadikan pentaksub akan terus taksub. Orang awam akan bertambah pening. Mereka takkan faham hujah melawan hujah. Mereka hanya akan faham sentimen vs sentimen.
8 ) Mungkin telahan saya tidak tepat kerana orang awam juga mampu memahami isi kandungan debat kelak. Zaman educated peoples katakan. Googleducated peoples. Ramai mahu debat dijalankan. Maka jika debat tetap mahu dijalankan, ia hendaklah disegerakan supaya polemik yang merugikan umat dapat dihentikan. Selagi debat tak jalan, macam-macam isu rentetan akan keluar. Isu label melabel, isu wahabi-mewahabi, dan terbaru isu pertaruhan.

9) Anda rasa megah dengan isu kepuakan anda. Anda tak pernah menilai dari sudut pandang orang luar serta persepsi terhadap Islam itu sendiri. Anda sendiri mengakui orang bukan Islam tidak akan masuk Islam jika mereka mengenali orang Islam, tetapi mereka akan masuk Islam jika mereka mengenali Islam itu sendiri. Sepatutnya bukan sahaja mengenali Islam, bahkan melihat akhlak umat Islam pun mereka tertarik kepada Islam.
10) Isu Pakatan Harapan. Tak perlu komen panjang. DAP yang akan bermasalah dengan logonya sendiri akibat permainan CEC-ROS boleh lega sedikit kerana ada logo HARAPAN. HARAPAN akan bertanding dengan lambang baru. Ia memerlukan kerja keras untuk memenangi orang kampung. Jangan syok sendiri dengan sokongan orang bandar. Umno/BN kekal memerintah sejak dahulu kala, adalah disebabkan undi orang-orang pedalaman. HARAPAN jangan terlalu ekslusif untuk orang bandar. Bukan sahaja logo, bahkan isu-isu yang nak dibawa juga, jangan lupakan isu orang kampung dan tempatan. Isu nasional penting, tapi melupakan isu tempatan memungkinkan anda untuk kalah dan bersedia untuk memaki-hamun PAS sahaja akibat kalah.
11) Pilihanraya kali ini semua sudah pakat tak mau guna pepatah omputih.. "the enemy of my enemy is my friend". Pakat jadi the enemy of my enemy is my enemy and everyone is my enemy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA