Khamis, 20 Julai 2017

PENJAWAT AWAM KEMBALI KE BN? HAKIKATNYA MASIH TIDAK PASTI


PADA mesyuarat ketua bahagian Umno malam tadi, Perdana Menteri membuat satu dakwaan yang melampau: katanya penjawat awam kini sudah kembali pada Barisan Nasional (BN).
Adakah itu hiperbola? Adakah ia sekadar lawak pada majlis suka-suka untuk menaikkan semangat panglima perang Umno menjelang pilihan raya umum (PRU)? Atau sekadar mengembalikan keyakinan ketua Umno bahagian yang sedang giat melangsungkan mesyuarat di peringkat bahagian.
Atau, adakah ia satu fakta yang jika PRU diadakan hari ini, segerombolan 1.6 juta penjawat awam di negara ini akan mengundi Najib dan BN?
Pelbagai kaji selidik dan bukti anekdot menunjukkan mereka di sektor awam terutama di peringkat bawahan, terjejas teruk akibat peningkatan kos sara hidup.
Ramai antara mereka terpaksa melakukan dua kerja untuk memenuhi tuntutan hidup. Malam, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan tiga daripada empat rakyat Malaysia tidak dapat mengumpulkan RM1,000 jika berlaku kecemasan.
Ramai penjawat awam berada dalam kategori itu.
Baru-baru ini, kumpulan kesatuan penjawat awam Cuepacs berkata seramai 100,000 kakitangan sektor awam hampir diisytiharkan bankrap selepas tidak membayar pinjaman yang dibuat bagi membantu menangani peningkatan kos sara hidup.
Membuat keadaan lebih tidak selesa bagi kebanyakan penjawat awam ialah tindakan penjimatan dan potongan kos dalam memastikan kerajaan dapat mendapat perolehan.
Melihat kepada keadaan kesukaran dan tekanan seperti, sukar untuk membayangkan sesiapa pun boleh sebegitu yakin untuk mendakwa penjawat awam akan kembali kepada BN.
Di pusat latihan dua minggu lalu, pegawai rasmi Umno memberitahu penjawat awam kanan untuk menghantar pesanan pada kakitangan bawahan yang pekerjaan mereka terjejas terancam jika BN tidak lagi berkuasa.

Di sesetengah sesi pada perjumpaan itu, pemimpin Umno lebih suka mengambil pendekatan tegas, dengan memberi ancaman menjadi sebahagian daripada penyampaian.
Pendekatan itu menunjukkan Najib dan pasukannya masih belum pasti mengenai undi sektor awam yang membolehkan BN memegang tampuk kuasa bagi tempoh yang sangat panjang.
Maka, sebarang dakwaan yang mengatakan sokongan penjawat awam kini kembali kepada BN dilihat yang serius.
Apa yang jelas ialah kerajaan Najib perlu menggunakan kempen lebih mesra berbanding pendekatan keras untuk mengekalkan kemungkinan ramai penjawat awam akan memberikan satu lagi peluang untuk Putrajaya.
Tempoh beberapa bulan ini akan melihat sama ada ia berjaya atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA