Isnin, 31 Julai 2017

Pendapatan kerajaan merosot walaupun kutipan GST meningkat


Pendapatan kerajaan merosot walaupun kutipan GST meningkat
Pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion manakala cukai ke atas barangan import mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.
PENURUNAN mendadak sebanyak RM 11.5 bilion (22.3%) dalam hasil bukan cukai menyumbang kepada kemerosotan pendapatan kerajaan daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion bagi 2016, menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2016.
Ini menyumbang kepada penurunan sebanyak 34.5% dripada faedah dan pelaburan (RM21.4 bilion), royalti petroleum yang lebih rendah (28.8%) dan hasil cukai rendah daripada petroleum (27.1%).
Pendapatan royalti petroleum pada 2016 adalah sebanyak RM3.66 bilion berbanding RM5.1 bilion pada 2015, sementara hasil cukai daripada sektor minyak dan gas adalah RM8.4 bilion berbanding RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurut Ketua Audit Negara Dr Madihah Mohamad, penurunan dalam hasil minyak adalah disebabkan penurunan harga minyak keseluruhan manakala penurunan pendapatan daripada pelaburan disebabka dividen lebih rendah daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bagaimanapun, pendapatan kerajaan menerusi cukai barangan dan perkhidmatan melonjak daripada RM14.2 bilion kepada RM41.2 bilion sementara pendapatan daripada cukai individu meningkat sebanyak 4.7% pada RM27.6 bilion.
Pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion. Cukai GST ke atas barangan import mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.
Menurut Madinah, peningkatan pendapatan GST disebabkan peningkatan kutipan dan sejumlah besar syarikat yang mendaftar untuk membayar cukai itu.
"Penguatkuasaan lebih baik yang dikenakan Jabatan Kastam juga menyumbang kepada kenaikan kutipan GST," laporan itu menyebut.
Malaysia terus mencatatkan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.12% pada 2016 berbanding 4.47% pada 2012.

1 ulasan:

  1. Pendapatan tak ada barokah bila rakyat ditindas

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA