Ahad, 2 Julai 2017

Pemuda Umno perlu jadi 'anak jantan', sembang Tajuddin



Anggota Pergerakan Pemuda Umno di setiap peringkat perlu menjadi 'anak jantan' dalam mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang berterusan berdepan fitnah serta tohmahan daripada pembangkang.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata menjadi 'anak jantan' bukan bererti mereka perlu bersikap kasar dan biadab, sebaliknya harus lantang bersuara dalam mempertahankan maruah serta nama baik pemimpin dan parti.
Tajuddin Abdul Rahman"Pemuda Umno tidak boleh berdiam diri apabila presiden atau timbalan presiden parti dicemuh, dihina atau difitnah oleh pembangkang. Mereka seharusnya perlu bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan parti.
"Namun, Pemuda Umno ketika ini dilihat lebih banyak berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin atau parti dicemuh dan difitnah oleh pembangkang. Mengapa perkara ini boleh berlaku?," katanya.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datuk di Wisma Umno di Bagan Datuk hari ini.
Tajuddin berkata Pemuda Umno seharusnya menjadi barisan hadapan, dan dengan penuh keberanian serta menunjukkan kesungguhan tinggi dalam mempertahankan maruah parti seterusnya dapat menepis segala cubaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda Umno perlu bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan rakyat, sekali gus meraih majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

2 ulasan:

  1. Anak jantan tak serang khalid kat parking parlimen. Lawan pru lah secara jantan. Negara kita, ada law kan?

    BalasPadam
  2. Jantan tu apa..Ada teloq ka...Ada kote ka..Ada perut ka..blah la ..anak jantan cakap benar..lawan penindasan..toling org ..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA