Rabu, 5 Julai 2017

Pemuda Umno memang tak cukup jantan?


Oleh SYUKRI RAZAB
Pada 1 Julai lalu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno menempelak pemuda parti itu agar menjadi anak jantan mempertahankan presiden atau timbalan presiden mereka apabila diserang pembangkang.
Menurut Tajuddin, Pemuda Umno hari ini dilihat lebih sering berdiam melihat pemimpin parti diserang oleh lawan. Entah di mana kurangnya kejantanan Pemuda Umno ini. Tetapi mungkin Tajuddin mahu Pemuda Umno bertindak seperti beliau yang pernah menyindir Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dengan ayat: "the only women with Kok".
Atau Tajuddin mahu Pemuda Umno bertindak persis anak beliau yang menyerang Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad di pekarangan parlimen.
Apakah Tajuddin cuba mengatakan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai pemuda yang tidak berpendirian, tidak mampu berfikir dan tidak tahu untuk bertindak mengikut keperluan parti?
Apakah Tajuddin ini merupakan spesies pemimpin Umno yang gemar aksi populis seperti Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sentiasa bertindak tanpa asas dan rasional yang kukuh?
Diam lebih baik
Yang pasti, amarah Tajuddin ini termuntah ekoran tidak tahan lagi melihat presiden partinya diserang bertubi-tubi dengan skandal 1MDB yang sudah menjadi mauduk sembang orang awam.
Kita perlu bersimpati kepada Pemuda Umno yang sudah pasti tersepit di antara menjadi jongos yang mengangguk kepada segala kebobrokan pemimpin fasis, atau bersuara membawa kebimbangan rakyat.

Beban kini terpikul dipundak Khairy selaku ktua untuk menunjukkan kejantanan sebenar Pemuda Umno.
Apa sebenarnya pendirian Khairy dan Pemuda Umno berkaitan skandal 1MDB ini?
Tidak ada sebarang aksi atau tindakan yang boleh merumuskan pendirian sebenar Pemuda Umno. Mereka juga masih tidak menyahut cabaran ramai mengadakan protes terhadap AS ekoran dakwaan Jabatan Kehakiman terhadap Malaysian Official 1 (MO1) dan "isteri MO1".
Jika Tajuddin mahu pemuda Umno bersuara mempertahankan MO1, rakyat pula mahu para pemimpin bangkit dan berani memperbetulkan segala skandal akibat salah laku MO1 dan kroni-kroninya.
Maka Pemuda Umno perlu memilih sama ada mahu mengikut telunjuk pemimpin yang gemar aksi ala Jamal, atau bangkit menentang salah laku MO1.
Atau mungkin lebih afdal untuk Pemuda Umno terus berdiam diri.

2 ulasan:

  1. KJ is the future umno leader and potential tpm, why should he goes against najib? Sooner or later najib will retire. Play safe is better.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh percaya ka org mcm ini?

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA