Khamis, 20 Julai 2017

Pembelian hotel di London: Tangkapan dalam masa terdekat - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat, iaitu waktu bekerja.
"Tunggulah, kita tunggu," katanya ketika diminta tarikh spesifik penangkapan tersebut.
Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepasmenghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Banteras' kolobrasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di Cyberjaya hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.
​​​​​​​​​"Tangkapan kita buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut, atau pun keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kita akan buat," katanya.
SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

1 ulasan:

  1. pembelian hotel di US dan byk lg hartanah.....bot mewah oleh syeikh jho loq.......bila pulak SPRM nak siasat dan tangkap org yg terlibat......SPRM dah tak boleh pakai sbb najib dah letak dedakian dia......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA