Khamis, 27 Julai 2017

Pas sukar menang kerusi PRU14, kata penganalis politik


Wan Saiful Wan Jan
Kewujudan Pakatan Harapan (PH) menyukarkan Pas untuk memenangi kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Ideas Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, hasrat Pas untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14 merupakan cita-cita yang begitu tinggi.
“Mereka boleh cakap berapa sahaja kerusi nak tanding, walaupun kesemua 222 kerusi, tetapi berapakah yang akan mereka menang?
“Pas harus berfikiran terbuka dan matang. Soal menang kalah ini memang bergantung pada pengundi, tetapi jika di satu-satu kawasan yang ada tiga penjuru, apakah kebarangkalian Pas akan menang itu tinggi?” katanya dalam wacana Sinar Harian 'Pakatan Harapan VS Barisan Nasional, Mari Kita Nilai' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Menurut beliau juga, Pas seharusnya lebih realistik terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
“Kerana itu saya kata, cita-cita itu boleh, tapi...realitinya harus diambil kira.
“Senario politik hari ini berbeza apabila dua parti besar dan Pas sudah tidak lagi dikira besar apabila gabungan bersama Gagasan Sejahtera itu hanya titik kecil dalam politik negara,” katanya.
Tambahnya, Pas kini perlu menguatkan lagi agenda dan bersedia berubah mengikut arus semasa andai mahu lebih didukungi pengundi pada PR14 akan datang.

2 ulasan:

  1. Pas sebenarnya sudahpun berubah apabila memusnahkan PR. Perubahan itu dilakukan semata-mata mahu mengekalkan umno ditampok kuasa. Dengan kekalnya umno di tampok kuasa maka mudahlah bagi Pas menyusun agenda seterusnya.

    BalasPadam
  2. Pas sebenarnya hanya sesuai memerintah Kelantan sahaja dan tak sesuai memerintah negeri-negeri lain di pantai timur terutama sekali negeri-negeri di pantai barat. Pas ni hanya sesuai bergerak sebagai gerakan Islam dan tak sesuai sebagai parti politik kerana pemikiran pemimpinnya hanya sesuai sebagai ulamak yang menjatuhkan hukum dan bukan yang memimpin.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA