Jumaat, 21 Julai 2017

PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, kata kajian


PAS hilang Kelantan jika berlaku pertarungan 3 penjuru, kata kajian
Berdasarkan kajian Institut Darul Ehsan, PAS hanya berpeluang memenangi 15 kerusi negeri jika parti Islam itu terlibat dalam pertarungan tiga penjuru. 
PAS dijangka hilang Kelantan jika ia terjebak dalam pertandingan tiga penjuru di negeri itu, menurut kajian yang diminta kerajaan negeri.
Kajian yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE), bagaimanapun, memberikan beberapa penyelesaian bagi parti pemerintah negeri itu jika mahu mengekalkan Kelantan yang diperintah sejak 1990.
"Cadangan IDE kepada PAS adalah untuk bertanding 27 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dan membiarkan parti Pakatan Harapan bertanding di kerusi lain untuk memastikan perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"IDE yakin PAS boleh memenangi kesemua 27 kerusi dan memegang majoriti selepas pilihan raya umum dan terus berkuasa di Kelantan," kata sumber daripada badan pemikir itu kepada The Malaysian Insight.
Berdasarkan kajian itu, PAS hanya boleh memenangi 15 kerusi negeri jika parti Islam itu terlibat dalam pertarungan tiga penjuru.
Sumber berkata hasil kajian itu disampaikan kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub dan pemimpin negeri lain baru-baru ini, oleh Timbalan Pengerusi IDE, Dr Mohammad Redzuan Othman.
Kajian itu juga mendedahkan PAS menerima sokongan paling ramai daripada pengundi di Kelantan, mendahului sebanyak 54%, BN (38%) manakala PH hanya mengumpul kira-kira 8%.
Bagaimanapun, sokongan itu tidak termasuk pengundi yang tinggal di luar negeri, Redzuan memberitahu pemimpin negeri Kelantan.
Beliau menambah walaupun sebelum PH mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya, sokongan terhadap gabungan parti pembangkang sudah meningkat.
Kajian IDE juga menunjukkan Umno secara tradisinya dapat meningkatkan bilangan pengundi di antara 6 hingga 15% ketika pilihan raya semakin dekat.

Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor, termasuk penyusunan semula kawasan pilihan raya.
Sementara itu, satu lagi kajian Ilham Centre mendapati antara 15% hingga 30% pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri condong kepada PH.
"Kajian kami bagi kerusi DUN Manik Urai di Kuala Krai mendapati kerusi itu mempunyai hampir 30% pengundi yang tinggal di luar Kelantan," kata ketua eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.
Pada masa ini, PAS mempunyai 31 kerusi negeri, BN sebanyak 11 dan Amanah serta PKR satu (1).
BN kehilangan salah satu kerusinya selepas Adun Neggiri Mat Yusof Abdul Ghana diisytiharkan muflis, membatalkannya kelayakannya.

1 ulasan:

  1. PAS adalah parti islam untuk keselamatan dunia akhirat. Jangan percaya tinjauan ini. Orang Kelantan mahu PAS terus memerintah kerana hanya PAS boleh membawa kesejahteraan kepada semua bangsa di malaysia kerana PAS tidak seleweng,tidak
    rasuah, dan yang utama bertuhankan Allah bukan Wang.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA