Rabu, 26 Julai 2017

Pakatan mesti menang PRU14 dulu, kata Wan Azizah


Pakatan mesti menang PRU14 dulu, kata Wan Azizah
Meski pun menerima bantahan daripada beberapa bahagian penyokong Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju dengan pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Presiden. 
DR Wan Azizah Wan Ismail hari ini tetap dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi meski pun menerima bantahan daripada beberapa bahagian penyokong, yang mendesak bekas perdana menteri itu menjawab segala skandal semasa pentadbirannya.
Otai Reformasi, sebuah kumpulan yang terdiri daripada aktivis veteran yang menentang Dr Mahathir pada lewat 1990-an, menggesa PH membuat ikrar untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa menyiasat Dr Mahathir di dalam manifesto pilihan raya mereka.
Wan Azizah yang juga Presiden PH tidak mengelak kemungkinan untuk mengadakan siasatan tetapi berkata ia mungkin ia perlu ditangguhkan dahulu.
"Saya rasa boleh untuk tubuhkan badan siasatan, tapi buat masa sekarang keempat-empat parti bersetuju Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Harapan.
"Ada yang bersetuju beliau menjadi pengerusi, ada yang tidak, tapi kita mesti melangkah ke depan" kata Wan Azizah sambil menambah Dr Mahathir sendiri ada menyebut tentang hal ini.
"Kita menang pilihan raya dulu," katanya pada persidangan akhbar di Parlimen hari ini.
Wan Azizah kemudian menyebut tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Selepas bertahun-tahun, mengapa mesti kerajaan lebih fokus kepada forex (skandal Dr Mahathir) tetapi tidak kepada 1MDB?
"Jadi apa yang kita lakukan adalah apa yang negara ini perlukan," tambah Wan Azizah.
Otai Reformasi pada Isnin lalu membantah pelantikan Dr Mahathir dalam barisan kepimpinan PH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA