Rabu, 19 Julai 2017

Nasib persatuan dan pekerja sektor awam, swasta akan jadi manifesto Harapan


Pakatan Harapan (Harapan) akan terus komited untuk membela nasib para pekerja baik dan persatuan pekerja di sektor awam mahupun swasta di Malaysia sekiranya gabungan pembangkang itu menang pilihan raya akan datang.
Presiden Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara tawaran Harapan kepada pekerja adalah kadar gaji yang adil dan pengukuhan kesatuan sekerja.
Wan Azizah Wan Ismail"Pengukuhan kesatuan sekerja akan memperkuatkan kuasa rundingan pekerja demi menjamin hak-hak golongan pekerja serta merangka strategi hala tuju ekonomi negara.
"Dasar Harapan yang akan ditawarkan kepada semua pekerja di Malaysia ini akan mensejajari piawaian antarabangsa serta amalan terbaik yang dilaksanakan di negara-negara maju.
"Dasar untuk para pekerja dibawah HARAPAN akan menjamin hak-hak yang lebih adil, saksama dan manusiawi. Rezeki tanah di bumi ini kurniaan Tuhan yang harus dikongsi bersama," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau pagi tadi telah menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Bina Negara di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Suatu rangka usaha akan dirancang Pakatan Harapan untuk menggariskan dasar gaji yang adil dan memastikan hak-hak pekerja terbela untuk dimaktubkan dalam manifestor PRU-14 kelak.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen ini lagi, seminar diadakan itu akan membuka lembaran baru perjuangan hak-hak perkerja di negara ini.
"Isu hak-hak dan kebajikan golongan pekerja akan diberi tumpuan di dalam manifesto Harapan yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
"Setiap warganegara berhak mendapatkan hak pekerjaan tanpa sebarang diskriminasi. Usaha ini harus diperkukuhkan tanpa mengenal kaum, jantina dan bentuk fizikal seseorang baik pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta.

"Sehingga ini dasar meletakkan pertimbangan perkauman masih diteruskan dan ini akan dihentikan apabila Harapan memerintah kelak.
"Kadar gaji yang rendah dan tidak setimpal menyebabkan peluang pekerjaan tidak diambil oleh pekerja tempatan. Lalu pekerja asing diambil untuk mengisi kekosongan ini.
"Jumlah pekerja asing yang telah mencecah 5juta orang membuka ruang kepada pengeksploitasian terhadap mereka," ujarnya sambil memetik surah Al-Qasas ayat 23-28 antara intipati yang menerangkan kisah Nabi Musa dan Nabi Syu’aib ini yang menunjukkan majikan yang adil akan mendapat pekerja yang produktif lagi amanah.
"Memberi gaji yang adil dan menjaga kebajikan para pekerja bukan sahaja merupakan tanggungjawab para majikan malah akan meningkatkan produktiviti pekerja dan pendapatan majikan. Harapan mahu situasi adil dan saksama di antara pekerja dan majikan wujud di negara ini," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA