Khamis, 13 Julai 2017

NAJIB MASIH DAPAT SOKONGAN?

PUTRAJAYA – Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti di setiap peringkat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa ahli Umno akan menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU14, adalah tidak berasas.
“Yang saya tahu sekarang ini Najib mendapat sokongan yang jitu daripada kepimpinan Umno di peringkat bahagian.
“Ketua-ketua bahagian, sayap-sayap di peringkat bahagian dan akar umbi memberi sokongan padu kepada Najib sebagai presiden parti,” katanya di majlis Hari Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  hari ini.
Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan kajian Invoke, Najib akan tetap digulingkan oleh ahli Umno sendiri walaupun jika Pakatan Harapan tidak memenangi PRU14.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Rafizi mempunyai niat yang tidak baik terhadap Umno.
“Kajian Rafizi ini bukan kajian pun, hanya mahu memporak-perandakan Umno supaya bergaduh sesama sendiri, itu harapan dia. Saya beri jaminanlah benda ini tak akan berlaku,” katanya.

2 ulasan:

  1. Sebelum ini saya bangga jadi ahli umno. Bangga punyai Tun sebagai pemimpin. Kini, nak mengaku ahli umno pun rasa malu.
    Malu dengan pemimpin2 umno. Tajudin ni tak usah nak cakap la. Barang hampir lupus. Kerana mengampulah dia dikekalkan dalam umno, dpt lak jadi Tim.menteri.Untunglah dia tapi satu lagi spesis liabiliti umno. Spesis2 yg menjahanamkan parti.
    Bukan dia tak tahu ramai akar umbi umno dah jelik, muak dan benci dgn pimpinan umno. Tapi kerana nak bodek dia nafikan. Berkuburnya umno nanti bukan kerana kelemahan umno, tapi sikap pemimpin2 umno sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai pemimpin umno skrg ni dalam sindrom penafian. Hanya cerita² indah dan sedap didengar disampaikan kpd pm. Ini akn mengakibatkan umno lalai dan kalah pru nanti.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA