Selasa, 25 Julai 2017

Najib kering idea, terdesak, kata pemimpin pembangkang

KETANDUSAN idea, terdesak dan tidak memahami makna demokrasi – itu antara penolakan pemimpin pembangkang terhadap penghujahan Perdana Menteri Najib Razak yang menentang pemimpin Pakatan Harapan (PH) awal hari ini.
Dalam ucapannya di persidangan Invest Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, Najib menyifatkan barisan pimpinan PH baharu sebagai "program kembali bekerja untuk pesara politik”.
Dalam kenyataan balas, Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong berkata ia menunjukkan cubaan terdesak Najib untuk menjatuhkan pembangkang pada acara pelaburan.
"Najib bertindak seolah-olah PH pertubuhan yang harus beliau tentang, dia terpaksa menggunakan acara pelaburan untuk jatuhkan pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insight.
Pengarah Komunikasi Amanah dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata perdana menteri terancam dengan apa yang pakatan pembangkang boleh lakukan terhadap Barisan Nasional.
“Beliau memperkecilkan kami kerana sudah tiada hujah yang kuat lagi. Dia akan memukul tong. Itu yang akan dilakukan orang terdesak.
“Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin ada bersama ketika kemenangan BN pada 2013. Kini sumbangan mereka akan bantu PH menang pilihan raya umum akan datang,” kata Khalid.
Ahli Parlimen Amanah turut menyelar Najib kerana percaya mempunyai sokongan parti Islam PAS.
“Bekerjasama dengan PAS akan perkecilkan majoriti mereka,” katanya.
DAP, PKR, Amanah dan Bersatu menubuhkan pakatan pembangkang. PAS, bekas pakatan pembangkang, kini membawa haluan sendiri selepas memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR.
Pada persidangan Invest Malaysia, Najib juga berkata pakatan pembangkang kini cuba membuatkan orang percaya seorang lelaki berusia 90-an bukan ahli Parlimen dan partinya hanya ada satu kerusi yang akan menjadi perdana menteri apabila PH menang PRU14.
Kenyataan Najib merujuk kepada bekas perdana menteri dan pengerusi Bersatu Dr Mahathir yang juga presiden PH.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Abdullah berkata apa yang Najib tidak faham adalah konsep demokrasi yang membenarkan setiap orang menawarkan khidmat mereka.
“Dia langsung tidak faham erti sebenar demokrasi dan PH yang membawa falsafah berlainan. Semua orang boleh tawarkan khidmat mereka. Tidak kira umur dan tempoh masa,” katanya.
“Najib juga gagal untuk faham dalam PH semua parti adalah sama, tidak seperti Umno yang mana BN parti dominan.
“Jadi dia fikir DAP dominan dalam PH. Tetapi beliau tidak faham angka. Kalau tidak mana mungkin dia masih jadi perdana menteri apabila kerajaan di bawahnya kehilangan berbilion menerusi skandal 1MDB.
“Adakah dia tidak faham atau saya kena ulang – adakah dia peduli?” kata Saifuddin.

1 ulasan:

  1. Org bersalah tak tahu malu dan bongkak pula tu. Kesian keluarga t razak ada ahli keluarga mcm tu. Tp Allah dah balas sikit dgn mengurniakan kpd dia bini mcm tu

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA