Rabu, 26 Julai 2017

Najib hanya berani berdepan ‘penonton’, menikus bila di Parlimen

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pihak pembangkang sengaja mahu meniupkan isu skandal 1MDB.
Ini kerana, menurut Setiausaha Publisiti DAP tersebut, 1MDB yang merupakan cetusan idea Najib itu kini sedang disiasat banyak negara telah menempa nama Malaysia sebagai kleptokrasi di mata dunia ekoran pelbagai penyelewengan yang berlaku membabitkan syarikat itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman yang dilempar Najib seperti dilaporkan media semalam terhadap sesetengah ahli politik yang didakwanya sengaja meniupkan isu 1MDB bagi menjatuhkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Tony mempersoalkan mengapa Najib hanya berani untuk berhadapan dengan ‘penonton’ tetapi menikus dan tidak berani menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB di Parlimen.
“Malahan, Najib sebenarnya mempunyai kesempatan yang baik untuk membuatkan kami di pihak pembangkang seolah-olah orang bodoh – jika benar bahawa pembangkang membangkitkan isu 1MDB secara tidak adil,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, rakyat Malaysia juga ingin tahu mengapa perdana menteri enggan mengulas mengenai punca wang bernilai AS$731 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya sejak saman yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat Julai tahun lalu.
Najib sebelum ini mendakwa dana yang masuk ke akaun bank peribadinya itu kononnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan mengaku telah memulangkan kembali sebahagian sumbangan berkenaan.
DOJ bagaimanapun mempunyai bukti yang berbeza apabila mendapati wang itu berpunca daripada wang 1MDB yang diselewengkan dan dimasukkan ke akaun bank peribadi individu yang digelar “Malaysian Official 1” yang diakui ramai pihak merujuk kepada perdana menteri.

2 ulasan:

  1. Itu pun penonton yg dipilih!

    BalasPadam
  2. Diketahui bhw kaum yahudi adalah kaum yg hebat dan kraeatif dgn propaganda2 cthnyer dgn media2 yg menyisihkann dan memulaukan isu palestin..........jadi biasalah najib kini mmg dia telah hadam dan hafal ajaran yahudi APCO...penasihat politik dan segala isu2 negara.....bagaimana utk menyisihkan isu 1MDB....supaya isu itu jadi sejuk.....dan sesuai ngan kata2 mahathir dulu....melayu mudah lupa.....jadi isu itu akan tenggelam terus.....dan akhirnyer hilang......oleh itu PH kena sentiasa membangkitkan isu penyelewengan 1MDB ini setiap masa.....sehingga penjenayah...dan pengkhianat2 ini dihukum......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA