Isnin, 10 Julai 2017

‘NAJIB ADALAH NEGARAWAN SEBENAR’ AMPU PEMUDA UMNO


Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk memanipulasi rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja memalukan, malah ia sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang mantan perdana menteri yang dikenali sebagai antara tokoh negarawan terkemuka di Malaysia.
“Apa yang sedang dilakukan Mahathir pada ketika ini adalah untuk mengaibkan Perdana Menteri yang telah sah dipilih secara demokratik oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Usaha mengaibkan yang dibuat Mahathir terhadap Datuk Seri Najib membuktikan bahawa beliau tidak layak digelar tokoh negarawan sepertimana yang dikenali sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) hari ini.
Semalam, dalam ucapan ketika Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan membuka aib Mahathir, jika beliau terus menerus mengkritik pimpinan kerajaan.
Khairul Azwan berkata pihaknya menasihatkan Mahathir supaya menutup mulut dan menyedari bahawa era kepimpinannya telah berlalu.
Katanya, Mahathir juga perlu menjadikan Perdana Menteri sebagai contoh kerana memberi peluang dan ruang kepada pimpinan muda untuk membina aspirasi dan peradaban baru terhadap generasi akan datang.
“Negarawan sebenar adalah seperti Datuk Seri Najib yang memberi ruang kepada pemimpin muda mencorak peradaban untuk generasi akan datang dan pada masa sama tidak memusatkan kuasa terhadap dinasti selain keluarganya,” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan Mahathir menyokong pembangkang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan strategi bagi mengelak tuduhan terhadap kegagalannya dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) dialami Bank Negara Malaysia sekitar 1990.
Beliau berkata, perkara itu ditekankan kerana Anwar merupakan salah seorang saksi utama yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan skandal berkenaan.
“Beliau mungkin rasa Anwar akan memberi pengakuan yang boleh memberi implikasi negatif terhadapnya maka cepat-cepat Tun Mahahthir mencari peluang dan ruang baru untuk menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

3 ulasan:

  1. Wa ampu sana...wa ampu sini....akhir sekali...wal mamfusssssss......

    BalasPadam
  2. Najib pembawa Sial10 Julai 2017 1:17 PTG

    Azwan ni anjing kurap peliharaan najib, kalau suruh jilat lubang jubo najib pun dia akan jilat, no problem bro.
    Melayu macam gini nak kena kasi mampos dulu, sebab menjahanamkan org2 Melayu.

    BalasPadam
  3. najib bin nazak10 Julai 2017 3:33 PTG

    jibby dah jadi anjing gila.. bawa penyakit rabbies. menyalak x berhenti sbb dh gila

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA