Isnin, 10 Julai 2017

Mudah lupa, masalah PM di Malaysia


Mudah lupa, masalah PM di Malaysia
Najib menyalahkan Dr Mahathir berhubung kemelut Malaysia Airlines pada program rumah terbuka di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines, KLIA, hari ini. 
PERDANA Menteri Najib Razak menyerang Dr Mahathir Mohamad atas kerugian forex Bank Negara Malaysia, kemelut berlarutan Malaysia Airlines dan pelbagai masalah lain ketika beliau masih memegang kuasa.
Tetapi, di mana Najib ketika itu? Beliau pada masa itu menjadi salah seorang ahli Kabinet kanan dengan gembiranya bersetuju dan mengalu-alukan setiap rancangan Dr Mahathir.
Adakah beliau menyuarakan kebimbangannya ketika itu ketika Kabinet membuat atau mengesahkan keputusan berhubung kerugian Bank Negara dan penswastaan Malaysia Airlines, dan diikuti dengan bail out mendapatkan pengurusan baharu dan skim untuk membolehkan ia terus hidup?
Adakah beliau membantah apa-apa ketika berada dalam pentadbiran Dr Mahathir?
Bukankah Najib juga mempunyai salah laku dan penipuan dalam institusi kita, salah laku rasuah, kecurian dan skandal yang kini beliau tujukan kepada Dr Mahathir?
Jangan kita lupa, Najib adalah ahli politik Umno yang memilih Dr Mahathir berbanding Tengku Razaleigh Hamzah, dan membantu mengubah sejarah parti, dengan meluaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini.
Terdapat banyak keraguan yang Dr Mahathir mempunyai semua jawapan untuk kejadian Ops Lalang, pengkhianatan dalam badan kehakiman Malaysia, kegagalan penswastaan dan sebagainya.
Tetapi beliau dibantu oleh menteri dan ketua politiknya dari Julai 1981 hingga 31 Oktober, 2003. Daripada kumpulan ini, Najib memainkan peranan utama selama bertahun-tahun, sama ada dalam Umno dan kerajaan.

Jadi, beliau tidak boleh menghina dan menyalahkan Dr Mahathir secara langsung terhadap semua keputusan yang menyebabkan Malaysia berdepan masalah, daripada ekonomi kepada hak dan kebebasan kita.
Beliau tidak boleh menuding jari kepada Dr Mahathir tanpa menuding jari kepada diri sendiri. Beliau adalah sebahagian daripada kerajaan dan sistem yang membawa kepada kerugian Bank Negara, masalah dalam Malaysia Airlines dan skandal lain.
Lagipun, Najib mempunyai masalah sendiri seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerugian dan skandal yang tidak boleh meletakkan kesalahan kepada Dr Mahathir.
Itulah yang terpaksa dihadapinya dan Malaysia sekarang, bukan masalah kekayaan Malaysia Airlines.
Jangan kita lupa.

2 ulasan:

  1. ... talian hayat... talian hayat... alian hayat!

    BalasPadam
  2. Nikmat dunia hanyalah setakat umur belum nyayok atau sebelum terlantar sakit tetapi akhirat kekal abadi.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA